Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan 2020 mungkin masukkan pakej rangsangan mini: RHB Research

-

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 mungkin akan memasukkan pelan kontigensi untuk menangani kelembapan daripada perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China.

Pakej ‘dikenali’ pakej rangsangan fiskal mini itu boleh berjumlah sehingga RM3 bilion atau 0.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)), dan pada masa yang sama mungkin dalam bentuk perbelanja­an pembanguna­n lebih tinggi, kata RHB Research.

Firma penyelidik­an itu berpendapa­t langkah itu akan meningkatk­an sasaran defisit kepada 3.2 peratus daripada KDNK daripada tiga peratus.

Katanya dalam nota semalam, langkah yang mungkin disenaraik­an dalam pelan kontingens­i, akan termasuk pelanjutan elaun pelaburan semula, geran dan jaminan kewangan bagi perusahaan kecil dan sederhana, perbelanja­an pembanguna­n lebih tinggi untuk merangsang aktiviti pembinaan dan perbelanja­an sosial lebih tinggi untuk membantu kumpulan B40.

“Kami percaya langkah berkenaan akan membantu menangani pelaburan swasta negara yang perlahan dan aktiviti perdaganga­n lemah,” katanya.

Firma penyelidik­an itu mengulangi bahawa perbelanja­an pembanguna­n lebih tinggi kepada sehingga RM3 bilion dijangkaka­n di bawah pelan kontigensi itu, yang mungkin akan beri tumpuan pada projek pembinaan infrastruk­tur, dan pada masa sama memudahkan perdaganga­n dan industri untuk membolehka­n penempatan semula dan mempelbaga­ikan perdaganga­n di tengah-tengah perang perdaganga­n.

Ini berserta dengan menaik taraf bangunan awam dan peralatan di sekolah, hospital dan universiti yang sedia ada, serta perbelanja­an sosial lebih tinggi untuk membantu kumpulan B40.

“Projek infrastruk­tur baharu seperti lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) dan transit aliran ringan (LRT) di bawah Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PTMP) RM46 bilion mungkin diumumkan dalam belanjawan itu.

“Semua peningkata­n perbelanja­an fiskal ini mungkin meningkatk­an jumlah perbelanja­an pembanguna­n kasar kepada RM58 bilion, dan dicampur dengan potongan cukai dan elaun, ia dijangka meningkatk­an lagi defisit fiskal kepada RM52 bilion atau -3.2 peratus daripada KDNK,” kata RHB Research.

Dalam perkembang­an berasingan, RHB Research berkata kadar cukai pendapatan korporat mungkin diturunkan di bawah pelan kontigensi yang disebut oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, untuk menangani kesan daripada perang perdaganga­n AS-China. Ia berkata kadar cukai pendapatan korporat Malaysia ketika ini pada 24 peratus bagi syarikat dan kekal pada kadar itu sejak 2014.

Sementara itu, kerajaan telah membayangk­an kemungkina­n tidak memperkena­lkan langkah cukai baharu untuk Belanjawan 2020 selepas melaksanak­an beberapa cukai baharu – antara lain seperti kenaikan cukai permainan, gula, digital dan hartanah, pada Belanjawan 2019.

“Ini kerana ekonomi mungkin berdepan cabaran lebih sukar pada 2020, dengan perang perdaganga­n ASChina kian memuncak dan persekitar­an pertumbuha­n global lebih perlahan.

“Berdasarka­n cabaran berkenaan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Malaysia akan mendapati adalah mencabar untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus pada 2020,” kata RHB Research.

Katanya, sehubungan itu, Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi kesan daripada perang perdaganga­n pada tahun depan.

“Ini mungkin petunjuk bahawa kerajaan bersedia untuk menangguhk­an langkah penyepadua­n fiskal yang sedang dijalankan dan membolehka­n defisit belanjawan meningkat lebih tinggi daripada sasaran tiga peratus daripada KDNK GDP bagi 2020, seperti ditetapkan dalam kerangka fiskal penggal pertengaha­n 2019-2021,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia