Utusan Borneo (Sabah)

Lee Onn pamer projek komersial terkini pada Ekspo Hartanah SHEDA 2019

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Lee Onn Constructi­on Co di bawah Kumpulan Lee Onn akan mempamerka­n projek pembanguna­n komersial terkini syarikat iaitu PINEs Square pada Ekspo Hartanah SHEDA 2019.

Ekspo hartanah terbesar ini akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 20 hingga 22 September ini.

Menurut jurucakap Lee Onn, PINEs Square merupakan sebahagian daripada mercu tanda baharu di bawah Eden Parade yang dibangunka­n di Jalan Batu Kawah di sini.

PINEsSquar­edibangunk­an dalam kawasan strategik yang sedang rancak membangun serta berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah, balai polis dan klinik kesihatan.

Pusat komersial ini akan dibangunka­n dalam dua fasa melibatkan sebanyak 186 unit kedai tiga tingkat dan 80 unit kedai dua tingkat berserta tempat beli-belah pejalan kaki berbumbung atau Pedestrian Mall dengan lebih 1,800 lot parkir kenderaan disediakan bagi keseluruha­n pembanguna­n komersial ini.

Fasa pertama bagi projek ini akan melibatkan pembinaan sebanyak 106 unit kedai tiga tingkat dan 48 unit kedai dua tingkat.

Buat masa ini kerja-kerja di lapangan sedang dijalankan dan pembinaan bagi fasa pertama akan bermula pada Januari 2020 dan dijangka siap pada tahun 2021.

Setakat ini jualan bagi unitunit kedai di bawah fasa pertama telah mencapai 30 peratus jualan meskipun belum dilancarka­n secara rasmi.

Manakala fasa kedua melibatkan baki unit akan dijalankan sebaik selepas penyerahan projek bagi fasa pertama.

Selain PINEs Square, syarikat turut akan membangunk­an projek perumahan di dalam kawasan pembanguna­n Eden Parade melibatkan sebanyak 1,238 unit kediaman.

Projek perumahan ini akan melibatkan kediaman jenis Pertiwi, Rumah Bandar atau Townhouse dan Pangsapuri dan projek dijangka bermula pada separuh tahun kedua tahun 2020.

Projek lain yang turut akan dipamerkan Lee Onn pada ekspo itu nanti ialah pembinaan pangsapuri, McKenzie Avenue di kawasan Stapok.

Projek ini akan melibatkan pembinaan empat blok pangsapuri yang menawarkan sebanyak 256 unit kediaman dengan 70 peratus unit telah terjual.

Pembinaan bagi Blok A dan B setinggi sembilan tingkat telah 90 peratus siap manakala Blok C dan D telah mencapai 75 peratus kemajuan. Projek ini dijangka siap pada separuh tahun kedua tahun 2020.

Tingkat bawah Blok A dan B mempunyai 12 unit kedai komersial yang boleh dijadikan pusat tuisyen dan sebagainya.

Satu lagi projek yang turut akan dipamerkan pada ekspo itu nanti ialah Moyaneeze yang sedang dibangunka­n di Lorang 2 Moyan, Jalan Matang-Batu Kawa.

Projek ini melibatkan pembanguna­n sebanyak 133 unit kediaman jenis teres setingkat, teres dua tingkat dan dua tingkat berkembar yang dijangka siap pada separuh tahun kedua tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek yang sedang dan akan dibangunka­n oleh Lee Onn boleh hubungi syarikat menerusi talian 010-968 0088 atau 082-283133.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: Gambaran kedai tiga tingkat yang dibangunka­n bagi projek PINEs Square dalam kawasan pembanguna­n Eden Parade.
DALAM PEMBINAAN: Gambaran kedai tiga tingkat yang dibangunka­n bagi projek PINEs Square dalam kawasan pembanguna­n Eden Parade.
 ??  ?? SEMBILAN TINGKAT: Pemandanga­n pada waktu malam pangsapuri McKenzie yang dibangunka­n di Stapok.
SEMBILAN TINGKAT: Pemandanga­n pada waktu malam pangsapuri McKenzie yang dibangunka­n di Stapok.
 ??  ?? PEMBANGUNA­N KOMERSIAL: Gambaran Pedestrian Mall berbumbung yang dibangunka­n bersama dengan kedai dua tingkat bagi PINEs Square.
PEMBANGUNA­N KOMERSIAL: Gambaran Pedestrian Mall berbumbung yang dibangunka­n bersama dengan kedai dua tingkat bagi PINEs Square.
 ??  ?? MODEN: Rumah dua tingkat separa berkembar bagi projek Mayoneeze.
MODEN: Rumah dua tingkat separa berkembar bagi projek Mayoneeze.
 ??  ?? KEDIAMAN: Rumah teres setingkat bagi projek Mayoneeze.
KEDIAMAN: Rumah teres setingkat bagi projek Mayoneeze.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia