Utusan Borneo (Sabah)

Korea Selatan sahkan wabak pertama demam khinzir

-

SEOUL: Korea Selatan semalam melaporkan kes pertamanya bagi demam khinzir Afrika, menjadi negara terbaharu yang diserang oleh penyakit itu yang telah membunuh khinzir dari China ke Korea Utara, menyebabka­n kenaikan harga dagingnya di seluruh dunia.

Lima ekor khinzir yang ditemui mati di sebuah ladang di Paju, sebuah bandar berhampira­n sempadan antara Korea, telah disahkan sebagai dijangkiti virus tersebut, seorang pegawai dengan kementeria­n pertanian di Seoul memberitah­u AFP.

“Pada peringkat ini, ia masih terlalu awal untuk mengesahka­n sama ada kes ini berpunca dari Utara,” tambah pegawai tersebut.

Menteri pertanian di Seoul Kim Hyun-soo menyatakan 3,950 ekor khinzir dari tiga ladang di Paju telah dibunuh.

Virus itu tidak berbahaya kepada manusia namun menyebabka­n demam berdarah terhadap khinzir yang selalunya hampir membunuh.

Tiada antidot atau vaksin malah satu-satunya cara yang diketahui bagi menghalang penyakit tersebut daripada merebak adalah penghapusa­n secara besar-besaran haiwan ternakan yang dijangkiti.

Kes-kes yang disahkan di Selatan muncul kira-kira tiga bulan selepas Pyongyang memberitah­u Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) bahawa beberapa ekor khinzir telah mati akibat penyakit di sebuah ladang berhampira­n dengan sempadan China, menurut kepada kementeria­n pertanian di Selatan.

Pada Jun, Seoul menyatakan penyakit itu kemungkina­n besar memasuki negara dari Utara dan mengarahka­n pagar diletakkan di ladang sepanjang sempadan bagi mengelak kemungkina­n kaitan di antara khinzir dan babi hutan.

Terdapat kira-kira 6,700 ladang khinzir di sekitar Korea Selatan, di mana perladanga­n khinzir meliputi 40 peratus daripada industri haiwan ternakan secara menyeluruh.

Pada Mei, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan harga daging babi telah meningkat sehingga 50 peratus di China dan dalam bursa hadapan Chicago kesan dari wabak tersebut.

Pada bulan lepas, ia menyatakan hampir lima juta ekor khinzir di Asia telah mati atau dibunuh disebabkan oleh penyakit yang pantas merebak itu.

 ?? — Gambar AFP ?? TERSEBAR: Pegawai kuarantin membuat sekatan di sebatang jalan bagi melarang kemasukan awam ke kawasan di mana khinzir disahkan telah dijangkiti demam khinzir Afrika di Paju, semalam.
— Gambar AFP TERSEBAR: Pegawai kuarantin membuat sekatan di sebatang jalan bagi melarang kemasukan awam ke kawasan di mana khinzir disahkan telah dijangkiti demam khinzir Afrika di Paju, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia