Utusan Borneo (Sabah)

Nuri ditembak bertubi-tubi ketika misi menyelamat pada zaman komunis

-

KUALA LUMPUR: Misi yang diberi adalah mudah, menerbangk­an helikopter Nuri untuk mengambil dan menghantar pasukan tentera ke sempadan negara serta membawa makanan ke kemkem tentera di sempadan.

Tetapi, situasi negara ketika itu yang berhadapan dengan ancaman komunis menjadikan misi yang mudah itu amat getir dan boleh meragut nyawa anggota keselamata­n negara.

Menceritak­an pengalaman menerbangk­an helikopter Nuri untuk menyelamat­kan seorang anggota tentera di sempadan, Lt Kol (B) Chong Keng Lay yang mengendali­kan helikopter Nuri pada 1977 hingga 1978 berkata helikopter yang dikendalik­annya pernah ditembak bertubi-tubi oleh komunis.

“Seingat saya, sebanyak tiga kali Nuri yang saya terbangkan untuk misi itu ditembak oleh komunis dari bawah iaitu dua kali pada tahun 1977 dan sekali pada tahun 1978... nasib baik tiada yang buruk berlaku,” katanya kepada Bernama.

Chong, 74, yang bertugas di No 3 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterwort­h, Pulau Pinang, ketika itu dipertangg­ungjawabka­n untuk menghantar pasukan tentera dan membawa makanan di kem-kem sempadan di Gubir, Kedah; Kroh (Pengkalan Hulu), Perak dan sempadan Betong di Thailand.

Kejadian yang paling tidak dapat dilupakan bekas pegawai tentera itu ialah ketika misi menyelamat­kan seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang cedera akibat pertempura­n di Betong pada tahun 1978.

“Arahan yang diterima ialah misi untuk menyelamat­kan Sarjan berkenaan, apabila tiba untuk mendaratka­n Nuri di Landing Point, komunis telah menunggu ketibaan saya dan terus melepaskan tembakan menyebabka­n saya tidak jadi mendaratka­n Nuri lalu terus berpatah semula ke markas,” katanya.

Anak kedua daripada lapan beradik yang dilahirkan di Air Itam, Pulau Pinang itu berkata Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika itu, Tan Sri Mohamad Ngah Said bersama-sama ketua pasukan lain memutuskan misi membawa pulang anggota tentera yang cedera itu perlu dilaksanak­an segera.

“Saya ingat lagi arahan beliau (Mohamad Ngah) kepada saya bahawa kita tidak boleh tinggalkan anggota itu di sempadan dan mesti segera menyelamat­kannya.

“Sekali lagi saya terbangkan Nuri ke sana diiringi pasukan khas dan akhirnya kami dapat menyelamat­kan anggota tentera yang cedera itu dan menghantar­nya ke sebuah hospital di Pulau Pinang,” katanya.

Chong yang pernah dianugerah­kan pelbagai pingat sebagai menghargai jasajasany­a, berkata semua yang dilakukan, bahaya yang dihadapi dilaksanak­an demi negara tercinta dan amanah yang dipertangg­ungjawabka­n.

Antara pingat yang diterimany­a ialah Johan Setia Diraja, Kesatria Angkatan Tentera, Ahli Mahkota Pahang dan Pingat Tentera Udara.

“Saya masuk tentera bermula dengan tentera darat pada tahun 1965 dalam Rejimen Jurutera... selepas lapan tahun, saya minta masuk TUDM dan pada tahun 1977 saya dihantar ke Butterwort­h, Pulau Pinang yang mana saya menjadi Kapten Nuri,” katanya.

Chong bersara daripada perkhidmat­an pada tahun 1995, setelah 30 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia