Utusan Borneo (Sabah)

Kepelbagai­an bahasa mampu eratkan perpaduan

-

KUALA LUMPUR: Berbeza bahasa ibunda tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perbezaan itu sepatutnya diraikan kerana ia menjadi alat perpaduan yang menyatukan rakyat. Namun, mampukah negara menzahirka­n aspirasi ‘bersatu dalam kepelbagai­an’ dalam aspek bahasa, satu realiti?

Sempena Hari Malaysia ke-56, tiga rakyat Malaysia daripada latar belakang kaum yang berbeza berkongsi pengalaman serta pendapat mereka dalam menguasai banyak bahasa.

Seorang jurutera kualiti K. Viknesvara­n, 28, menekankan supaya semua orang tampil berani untuk mempelajar­i bahasa selain bahasa ibunda mereka kerana ia satu alat komunikasi yang paling berguna apabila berlakunya kekangan bahasa ketika berinterak­si.

“Kita kena ajar anak-anak kita untuk tidak berasa takut. Jangan takutkan mereka seperti mendakwa bahasa Inggeris itu adalah bahasa penjajah, jadi tidak perlu belajar. Ini adalah konsep yang salah.

“Macam mana kalau kita pergi suatu negara, mereka tidak bercakap dalam bahasa yang kita tahu. Secara tidak langsung, ia akan menyukarka­n kita sendiri.

Sama juga konsepnya di Malaysia, kita perlu belajar bahasa lain (selain bahasa kebangsaan),” katanya kepada Bernama selepas program bual bicara Integrasi Citra Bangsa Malaysia terbitan Bernama Radio.

Program itu adalah antara pengisian Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dalam usaha mencatat rekod ‘Siaran Langsung Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama’ dalam Malaysia Book of Records (MBOR) 2019 bersempena Hari Malaysia.

Melihat daripada segi pertuturan­nya, Viknesvara­n yang pernah menjadi juri untuk Pesta Pantun Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia itu sangat lancar berbahasa Malaysia tanpa ada sedikit pun slanga bahasa ibundanya.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu menyedari kecenderun­gan terhadap seni bahasa dalam dirinya sedari kecil apabila sering bertutur dalam bahasa Malaysia bersama saudara-mara serta adik-beradiknya selain turut mengikuti kursus bahasa Mandarin ketika meningkat dewasa.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kerajaan mempertimb­angkan satu dasar yang menjunjung bahasa kebangsaan tanpa menyisihka­n bahasa-bahasa ibunda lain, contohnya mewujudkan badan khas yang mempunyai tujuan sama seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia