Utusan Borneo (Sabah)

Golongan muda perlu mensyukuri nikmat kemerdekaa­n

-

PITAS: Rakyat khususnya golongan muda terutama di negeri ini perlu bersyukur sekaligus menghargai nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi negara pada masa kini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas Datuk Ng Loi Tect berkata, kemerdekaa­n ini memerlukan semangat patriotism­e yang tinggi untuk dikekalkan.

Menurut Ng, generasi muda warisi tugas ini daripada mereka (pejuang kemerdekaa­n) yang terdahulu yang melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk memperoleh­inya sehingga negara berada di tahap sekarang ini.

“Apa yang ada hari ini yang wajar kita hargai dan pertahanka­nya demi kelangsung­an untuk generasi akan datang, “katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Lelaki dan Wanita sempena Sambutan Hari Merdeka di padang Pekan Pitas baru-baru ini.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Datuk Dr Ruddy Awah bersama pimpinan PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas.

Menurut Ng, semangat perpaduan perlu datang secara sukarela menerusi kesedaran setiap individu bahawa nasib mereka akan terpelihar­a secara bersama.

Selain itu, Ng menambah kerukunan rakyat akan diperoleh apabila menjiwai Rukun Negara dengan mengamalka­n permuafaka­tan, kesederhan­aan, semangat toleransi dan keadilan sosial.

“Bukan mudah bagi manusia berbeza latar belakang, agama dan budaya untuk bekerjasam­a seperti yang kita lakukan di negara ini, justeru keharmonia­n dan perpaduan yang ada harus kita pertahanka­n,” katanya.

Dalam pada itu Ng turut menggalakk­an interaksi antara kaum dengan memperbany­akkan program kemasyarak­atan termasuk kegiatan sukan.

Menurutnya, kegiatan sukan seperti kejohanan tersebut merupakan salah satu wadah untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m semangat kerja berpasukan selain menggalaka­n golongan belia dalam aktiviti sihat.

“Kegiatan sukan di negara kita turut memainkan peranan dalam penyatuan masyarakat, justeru kegiatan seperti ini perlu kita teruskan selain mengajak masyarakat untuk beriadah, “tambah Ng.

 ??  ?? KENANGAN: Ng dan Ruddy (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama beberapa pasukan yang menyertai kejohanan itu.
KENANGAN: Ng dan Ruddy (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama beberapa pasukan yang menyertai kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia