Utusan Borneo (Sabah)

Pochettino kesuntukan masa bukti Spurs mampu merangkul kejuaraan

-

LONDON, England: Tempoh turun naik Tottenham Hotspur ketika melangkah ke final sulung mereka dalam Liga JuaraJuara musim lepas telah menyelubun­gi prestasi menurun dari segi keputusan untuk skuad kendalian Mauricio Pochettino sejak dari bulan Februari. Ketegangan, emosi dan kegembiraa­n ketika Spurs menewaskan Manchester City pada perlawanan suku akhir dan menewaskan Ajax di peringkat separuh akhir akan sentiasa dalam ingatan.

Tetapi selepas gagal menyerlah di final menentang Liverpool, Pochettino masih kekal tanpa sebarang trofi selepas lima musim membimbing kelab.

Ia bagaimanap­un tidak menghapusk­an impak pengurus dari Argentina itu di kelab selepas mengubah kelab menjadi pasukan yang sering beraksi dalam Liga Europa ke pencabar Liga Juara-Juara.

Namun, ia mungkin peluang terbaik untuk skuad ini memenangi Liga Juara-Juara berakhir dengan kekalahan kepada Liverpool pada 1 Jun.

Pencapaian cemerlang kelab musim lepas bermula di peringkat kumpulan apabila Spurs kelihatan tersingkir awal apabila hanya mengutip satu mata dari tiga perlawanan pertama menentang Inter Milan, Barcelona dan PSV.

Namun undian lebih baik musim ini, menyaksika­n Spurs bertandang ke Olympiakos hari ini sebelum menentang Bayern Munich dan Red Star Belgrade pada perlawanan lain dalam Kumpulan B.

Tottenham seharusnya boleh berasa yakin untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua kejohanan untuk musim ketiga berturut-turut tetapi prestasi mereka sepanjang tujuh bulan terakhir bermakna mereka harus memandang serius kemampuan mereka.

Sebelum prestasi terbaik mereka setakat musim ini, kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, Spurs hanya mengutip 16 mata dari 16 perlawanan terakhir liga – termasuk lewat musim lepas.

Pochettino menjelaska­n pelbagai sebab dari prestasi hambar itu.

Malam yang hebat dalam Liga JuaraJuara di Manchester dan Amsterdam kelihatan menghabisk­an tenaga skuad yang beraksi 57 perlawanan dalam satu musim dan kehilangan penyerang sensasi, Harry Kane untuk hampir separuh kedua musim. Spurs juga dalam proses berpindah ke stadium baharu yang dinaik taraf dengan 62,000 tempat duduk dan tidak membeli sebarang pemain baharu dalam tempoh 18 bulan. Kebanyakka­n masalah ini sudah ditangani dengan pembelian Tanguy Ndombele, Giovani lo Celso dan Ryan Sessegnon untuk memperkuat­kan skuad walaupun ketiga-tiga pemain ini tidak dapat beraksi kerana kecederaan. Kane sudah kembali cergas dan Stadium Tottenham Hotspur mula seperti gelanggang keramat mereka. Bagaimanap­un, Pochettino masih tidak gembira kerana masa depan Christian Eriksen, Toby Alderweire­ld dan Jan Vertonghen masih belum terjamin.

“Saya fikir ia menunjukka­n bahawa pasukan ini belum lengkap. Apabila pasukan belum lengkap, ia sukar untuk bermain seperti yang kami mahukan,” kata Pochettino Sabtu lepas.

“Saya tidak merungut atau menyalahka­n sesiapa tetapi dalam bola sepak, ia mudah untuk menggambar­kan situasi ini dan fokus tidak kepada bermain bola sepak.”

Kesemua tiga pemain dinyatakan di atas berada pada tahun terakhir kontrak mereka dan ia memberi kesan kepada perpecahan skuad lebih awal tetapi kemenangan bergaya ke atas Palace Sabtu lepas membuktika­n mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk bersaing kejuaraan musim ini.

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia