Utusan Borneo (Sabah)

Brenda perenang pertama lepasi kelayakan Paralimpik 2020

-

KOTA KINABALU: Brenda Annelia Larry perenang pertama negara melepasi catatan masa kelayakan Sukan Paralimpik 2020 Tokyo.

Perenang kebangsaan Sabah itu mencatat 58.12s untuk menduduki tempat ketiga acara saringan kuak lentang 50m wanita S4 pada Kejohanan Renang Para Dunia di London baru-baru ini.

Brenda bagaimanap­un hanya menduduki tempat ketujuh dalam acara akhir dengan catatan 1:00,68s.

Catatannya semasa saringan itu bagaimanap­un telah melepasi masa kelayakan untuk menghampir­kannya sebagai perenang pertama negara bertanding di Sukan Paralimpik 2020 Tokyo.

Brenda bagaimanap­un perlu menunggu sehingga penghujung tahun ini untuk mengetahui sama ada dia akan ke Sukan Paralimpik atau tidak.

“Perenang yang tersenarai hanya akan diumumkan oleh Para Renang Dunia pada 31 Disember, 2019.

“Kalau Brenda tersenarai ke Tokyo, dia akan menjadi perenang wanita pertama (Malaysia) yang akan bertanding di Sukan Paralimpik,” kata Ketua Para Skills and Water Sports Program Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Jennifer Yong.

Menurutnya, selain Brenda, turut berpeluang ke Paralimpik Tokyo ialah atlet olahraga, Jonathan Wong dan Eddy Bernard.

“Setakat ini hanya Brenda dari Sabah (yang berjaya melepasi masa kelayakan). Bagaimanap­un, Jonathan dan Bernard juga berpeluang...kita tunggulah selepas Kejohanan Dunia pada November.

“Olahraga juga sama seperti renang..kena tunggu pengesahan dari Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa pada hujung tahun untuk mnengetahu­i seiapa yang tersenarai,” kata Yong dalam menerusi mesej ringkas semalam.

Yong berkata, Benda yang telah dikenalpas­ti menerusi Program Bakat Paralimpik MSN dan dilatih jurulatih Sabah, Eva Wong adalah sandaran pingat Sukan Para ASEAN 2020 Manila.

Sambil itu, Menteri Belia Dan Sukan, Phoong Jin Zhe merakamkan rasa bangga terhadap pencapaian Brenda mengatasi masa kelayakan Paralimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia