Utusan Borneo (Sabah)

Tambadau buru penamat menang

Melayan kunjungan Perak pada aksi terakhir saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Likas malam ini

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berkata memburu kemenangan dalam setiap perlawanan adalah tugas hakiki pasukan.

“Tugas menentang Perak esok (malam ini) juga sama walaupun perlawanan terakhir itu hanya pelengkap jadual kerana kita sudah terkeluar dari persaingan ke suku akhir.

“Bermain dalam perlawanan yang kita tiada rugi apa-apa bukan bermakna pemain boleh sambil lewa. Dalam situasi seperti inilah penting untuk pemain menunjukka­n sikap yang betul dan saya berharap dapat melihatnya esok,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Perlawanan menentang Perak dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini adalah penutup tirai kempen Tambadau Sabah musim ini.

Ia hanya pelengkap jadual buat skuad bimbingan Jelius Ating selepas hanya mengutip tiga mata dari lima perlawanan sebelum ini.

Bagaimanap­un ianya perlawanan penting buat Perak yang masih perlu sekurang kurangnya mengutip satu mata sebagai jaminan pasti, mengiringi Pahang mewakili Kumpulan C ke suku akhir.

Pahang sudah mengesahka­n tempatsele­pasmeraihm­aksima 12 mata dari empat perlawanan pertamanya, meninggalk­an baki satu tempat menjadi rebutan antara Perak di kedudukan kedua dengan lapan mata dan Pulau Pinang di kedudukan ketiga dengan lima mata.

Sabah yang kini di kedudukan tercorot masih berperanan menjejaska­n peluang Perak.

“Kalau pemain ada sikap yang betul, saya percaya Perak tidak akan dapat laluan mudah kerana kita mahu pemain melaksanak­an tugas memburu kemenangan.

“Ia juga sesuatu yang baik jika kita mencatat penamat menang. Ini juga peluang terakhir pasukan membuktika­n tahap mereka bersaing dengan pasukan Liga Super dan peluang terbaik juga untuk pemain membuktika­n kemampuan agar terus berada dalam perancanga­n pasukan menghadapi Liga Super musim depan,” kata Peter.

Sambil itu, Jelius akan menurunkan kesebelasa­n sama sebagaiman­a ketika menumpaska­n Pulau Pinang 2-0, Sabtu lalu.

“Kalau ada perubahan pun mungkin antara Rahman Shah Marajeh dan Aguinaldo Mendes. Saya masih mempertimb­angkan siapa di antara dua penyerang ini akan bermula sebegai kesebelasa­n utama. Pemain lain tiada perubahan buat masa ini.

“Apa pun, siapa juga dinsenarai­kan, saya percaya mampu menggalas tugas memburu kemenangan. Kami akan cuba yang terbaik,” kata Jelius ketika ditemui semasa mengendali­kan latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu semalam.

Kesebelasa­n kemungkina­n Sabah ialah Rozaimi Rohim, Rawilson Batuil, Park Tae Su, Randy Baruh, Evan Wensley, Mohd Azizan Nordin, Mafry Balang, Alto Linus, Maxsius Musa, Rodoljub Paunovic dan Rahman atau Mendes.

Sepakmulap­erlawananm­alam ini ialah pada jam 9.00 malam.

 ?? — Gambar ihsan Media SAFA ?? MISI TERAKHIR: Anggota skuad Tambadau Sabah merakamkan gambar bersama sebelum latihan terakhir musim ini di mana mereka akan melengkapk­an jadual menentang Perak untuk saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.
— Gambar ihsan Media SAFA MISI TERAKHIR: Anggota skuad Tambadau Sabah merakamkan gambar bersama sebelum latihan terakhir musim ini di mana mereka akan melengkapk­an jadual menentang Perak untuk saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia