Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo: TABS hantar lima pasukan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya akan mengambil bahagian lima kategori umur dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo di sini yang dijadual bermula pada 29 September ini.

Kategori umur tersebut - bawah 16 tahun (B16), B14, B13, B12 dan B11.

Timbalan Pengerusi TABS SafaBandar­aya,LokmanSung­gim berkata, mereka tidak menghantar­pasukanB15­tahun kali ini kerana ramai pemain terlibat dalam ujian PT3.

Menurutnya, mereka hanya memberi tumpuan terhadap lima kategori itu dan sedang melakukan persiapan ketika ini.

“Pemilihan pemain bagi setiap pasukan tersebut sudah dilakukan selain ketua jurulatih, Matasan Ahmad sudah berbincang dengan jurulatih yang dipertangg­ungjawab untuk mengendali­kan pasukan masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, mereka sedang melakukan persiapan rapi dan yakin mereka mampu memberi cabaran terutama kepada pasukan-pasukan dari luar negara seperti Australia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

“Pada masa sama, kita juga menghormat­i pasukan tempatante­rmasukdari­Semenanjun­g dan pasukan Sekolah Sukan Negeri DPM (Datuk Peter Mojuntin),” katanya.

Bagi kategori B16, TABS disenaraik­an dalam Kumpulan B bersama IYBC dari Filipina, Safa Penampang, DPM Sekolah Sukan Negeri dan Malaya dari Filipina.

Kategori B14, TABS diundi dalam Kumpulan A bersama Turf City dari Singapura, Futbol Directions (Australia), Adelaide City (Australia) dan Indonesia Muda.

B13, TABS dalam Kumpulan A bersama Bimo Indonesia, BISP (Thailand), Adelaide City (Australia), Malaya (Filipina).

B12, TABS disenaraik­an bersama MMT Malaysia, Australia Institute Football, Northern Inland Football (Australia) dan FC Kuala Lumpur dalam Kumpulan A.

B11, TABS dalam Kumpulan A yang turut dianggotai Coloundra FC (Australia), Dreaming Football (Filipina) dan ATPP Shah Alam.

 ??  ?? TAKLIMAT: Matasan (dua dari kiri) bersama jurulatih memberi taklimat ringkas dalam sesi pemilihan pemain-pemain B14 tahun TABS Bandaraya. Gambar sisipan Lokman.
TAKLIMAT: Matasan (dua dari kiri) bersama jurulatih memberi taklimat ringkas dalam sesi pemilihan pemain-pemain B14 tahun TABS Bandaraya. Gambar sisipan Lokman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia