Utusan Borneo (Sabah)

Laya-Laya Veteran Tuaran menang bergaya tewaskan Wirajaya 5-3

-

KOTA KINABALU: Azlan Mumin menceriaka­n pasukan Laya-Laya Veteran Tuaran apabila menyumbang 2 gol dalam perlawanan persahabat­an bola sepak ketika menewaskan pasukan Wirajaya dari Papar dengan jaringan 5-3 dalam aksi persahabat­an di Padang Sintetik Likas malam semalam.

Manakala Jumri Junaidi, Jeddy Lee dan Sazali Sahidun masing-masing menjaringk­an satu gol untuk LayaLaya Veteran lebih selesa dalam perlawanan tersebut.

Manakala gol-gol pasukan Wirajaya dihasilkan oleh bekas pemain negeri Sabarudin Kadir, Azmi Adam dan Majid Mamai.

Dalam menyerikan lagi perlawanan persahabat­an pada malam itu, sebanyak dua buah Piala Sumbangsih telah disumbangk­an oleh Dg.Masneh Haji Abu Bakar dari Syarikat Pembanguna­n Azam dan Galian Sdn.Bhd serta sebuah piala lagi sumbangan dari Hanira Abd. Ghani dari My Bakery Academy Tuaran.

Ag.Ismail Haji Abu Bakar @ Ismah selaku Pengurus Pasukan Laya-Laya Veteran Tuaran ketika ditemui selepas perlawanan berkata, tujuan perlawanan persahabat­an ini adalah sebagai jambatan silaturahi­m bagi kedua-dua pasukan selain merapatkan hubungan kekeluarga­an di kalangan pemain.

Katanya, program seumpama ini juga mampu mengisi masa lapang yang berfaedah selain menghilang­kan ‘stress’ bekerja sepanjang masa sekaligus menjadikan warga yang sentiasa sihat.

“Semoga dengan perlawanan persahabat­an seumpama ini dapat memberikan motivasi kepada pemain veteran khususnya untuk sentiasa menjaga kesihatan,”tambahnya.

Di akhir perlawanan, Nursin Kiki diaugerahk­an sebagai Penjaga Gol Terbaik bersama Azman Ismail sebagai Pemain Terbaik dari pasukan Laya-Laya dan Sabarudin Kadir dianugerah­kan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik sepanjang perlawanan.

 ??  ?? LAYA-LAYA VETERAN: Para pemain merakamkan kenangan sebelum perlawanan.
LAYA-LAYA VETERAN: Para pemain merakamkan kenangan sebelum perlawanan.
 ??  ?? TAHNIAH: Dg.Masneh (dua kanan) menyampaik­an Piala Sumbangsih kepada Azman Ismail (kanan) dan Hanira Abd. Ghani menyampaik­an piala kepada Ag. Damit @ Buchu (kiri) sambil diperhatik­an oleh Ag.Ismail.
TAHNIAH: Dg.Masneh (dua kanan) menyampaik­an Piala Sumbangsih kepada Azman Ismail (kanan) dan Hanira Abd. Ghani menyampaik­an piala kepada Ag. Damit @ Buchu (kiri) sambil diperhatik­an oleh Ag.Ismail.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Pengurus Pasukan Wirajaya Masri (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ag.Ismail sambil diperhatik­an oleh Haji Hassan (kiri) dan Azman (kanan).
CENDERAHAT­I: Pengurus Pasukan Wirajaya Masri (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ag.Ismail sambil diperhatik­an oleh Haji Hassan (kiri) dan Azman (kanan).
 ??  ?? WIRAJAYA: Para pemain merakam kenangan sebelum perlawanan. Kelihatan Sabarudin Kadir (berdiri, empat kanan).
WIRAJAYA: Para pemain merakam kenangan sebelum perlawanan. Kelihatan Sabarudin Kadir (berdiri, empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia