Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri dapat kepercayaa­n pantau projek baik pulih sekolah daif

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diberi kepercayaa­n untuk terlibat secara aktif dalam memantau pelaksanaa­n projek naik taraf sekolah daif di negeri ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, formula baharu itu memerlukan penglibata­n kerajaan negeri bagi memastikan kerja pembaikan semula sekolah daif siap dilaksanak­an.

Katanya, pada 31 Ogos lepas, Kementeria­n Kewangan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) meluluskan dana sebanyak RM78 juta untuk pembaikan semula sekolah-sekolah daif di Sabah.

Menurutnya, peruntukan berkenaan bagi membaik pulih sekurang-kurangnya 30 buah sekolah daif khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

“Kita akui apabila pembaikan semula dijalankan di sekolahsek­olah pedalaman, jarang atau kita tidak akan tahu apakah kedudukan kemajuan kerja yang dilaksanak­an.

“Kadangkala kita ingat kerja sudah siap, tetapi, keadaan sebenar adalah sebaliknya. Justeru, penglibata­n kerajaan negeri Sabah adalah amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Dialog Bajet 2020 di sini semalam. Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Lim berkata, sekolahsek­olah yang terlibat adalah sekolah yang mempunyai bangunan dalam keadaan bahaya dan terabai selama 15 tahun oleh kerajaan sebelum ini.

Katanya, walaupun masalah berkenaan diabaikan, kerajaan perlu menyelesai­kannya dengan menjalanka­n penilaian dan penyemakan secara menyeluruh.

Beliau berkata, kerja penilaian bergantung kepada perbincang­an yang dibuat Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Kerja Raya dan juga Kerajaan Negeri Sabah.

 ??  ?? SIDANG AKHBAR: Lim dan Shafie dalam sidang akhbar bersama selepas majlis Dialog Bajet 2020 semalam.
SIDANG AKHBAR: Lim dan Shafie dalam sidang akhbar bersama selepas majlis Dialog Bajet 2020 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia