Utusan Borneo (Sabah)

Renée Zellweger berikan yang terbaik untuk Judy Garland

-

AKTRES Hollywood Renée Zellweger berkata dia rasa bertanggun­gjawab untuk membawa watak mendiang penyanyi Judy Garland setulen mungkin dalam filem ‘Judy’, yang ditayangka­n di Festival Filem Toronto dan menerima tepukan gemuruh baru-baru ini. Filem itu menceritak­an tentang enam bulan terakhir dalam kehidupan Garland, selepas dia tiba di London pada 1968 sebagai sebahagian daripada jelajah konsert yang laris bertujuan untuk memperbaik­i keadaan kewanganny­a. Di tengah-tengah perebutan penjagaan anak yang goyah dengan suami keempatnya dan diiringi sewaktu jelajah itu oleh suaminya yang kelima dan terakhir, Micky Dean, lakonan Finn Wittrock, Garland bergelut dengan kemurungan, keresahan dan ketagihan. Zellweger menyifatka­n lakonannya sebagai Garland “seperti penerokaan yang berterusan” di antara persona awam penyanyi dan aktres terkenal itu dengan pengalaman peribadiny­a. “Terdapat banyak parameter yang tidak dapat dirunding dan sudah diperkatak­an dalam rekod awam dan menerusi benda-benda dan kata-kata Judy sendiri. Jadi anda rasa bertanggun­gjawab untuk menggambar­kan perkara itu setulen mungkin,” kata Zellweger. “Dan selainnya agak sukar untuk diketahui kerana kita bercakap mengenai waktu sangat peribadi yang belum lagi dikongsika­n dan ia seperti satu tafsiran bagi pengalaman yang mungkin dirasai orang yang hidup di bawah keadaan tersebut pada waktu itu”. Zellweger terkenal kerana lakonan kaedah, di mana dia dia tidak lari dari watak walaupun apabila sesebuah adegan itu tamat penggambar­an – satu ciri yang membantu pelakon lain menduduki dunia Garland juga. Wittrock malah tidak mengenali pelakon itu pada pertama kali dia melihatnya dalam watak. “Dari peringkat itu hingga ke akhir, saya sangat jarang sekali melihat Renée Zellweger ini, tahu tak? Saya melepak dengan Judy,” katanya kepada Reuters Television. Lakonan Zellweger telah menerima reviu yang positif. “Renée amat bagus sekali kerana dia adalah seorang aktres yang hebat, tetapi dia juga bernyanyi, dia sangat lucu dan dia memiliki hati yang besar,” kata pengarah filem itu, Rupert Goold. “Audiens rasa mereka mengenali Renee pada tahap tertentu, bahawa dia adalah salah seorang daripada mereka. Dan saya rasa itu adalah kualiti yang sangat ala Garland.” ‘Judy’ dikeluarka­n di Amerika Syarikat pada 27 September.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? FILEM BAHARU: Zellweger ketika tiba di tayangan perdana filem ‘Judy’ semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Kanada pada 10 September lepas.
— Gambar Reuters FILEM BAHARU: Zellweger ketika tiba di tayangan perdana filem ‘Judy’ semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Kanada pada 10 September lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? DI FESTIVAL: Zellweger bersama Goold dan Wittrock semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Kanada pada 10 September lepas.
— Gambar Reuters DI FESTIVAL: Zellweger bersama Goold dan Wittrock semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Kanada pada 10 September lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia