Utusan Borneo (Sabah)

Stesen IPU perlu ditambah

Pastikan data terkini berkaitan jerebu lebih tepat dan berkesan

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mencadangk­an stesen Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditambah di negeri ini bagi memastikan pengumpula­n data terkini jerebu lebih tepat untuk tindakan lebih berkesan.

Pembantu Menteri Assaffal P. Alian berkata, kawasan pantai timur Sabah hanya mempunyai dua pusat sahaja iaitu di Tawau dan Sandakan sedangkan jarak dua kawasan itu jauh.

“Stesen itu perlu ada di semua bandar utama sebab di situ menjadi tumpuan aktiviti setiap masa dan ada keperluan untuk diwujudkan demi rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Reunion Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Tungku, kelmarin.

Turut hadir, Pembantu Pegawai Daerah Kecil Tungku Firuz Idzualdeen Mohd Dzul.

Assaffal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku mengambil contoh keadaan jerebu yang melanda negeri ini berpunca dari negara jiran Indonesia yang memerlukan tindakan segera.

Menurutnya, meski belum ada rakyat yang terkesan berikutan keadaan jerebu namun arahan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah untuk menutup sekolah di daerah-daerah yang terjejas perlu diberi perhatian.

Katanya, Tawau yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan yang terbakar dapat memantau bacaan IPU semasa kerana dekat dan langkah-langkah untuk tindakan termasuk persediaan menghadapi situasi darurat dapat dilakukan.

“Kalau berlaku berdekatan dengan Tawau maka senang dikesan tapi kalau jerebu itu datang dari selatan Filipina, kita tidak akan tahu keadaan bacaan tersebut,” katanya.

Beliau berharap pada masa akan datang permasalah­an itu dapat diselesaik­an agar ia tidak memberi kemudarata­n kepada rakyat.

Berdasarka­n Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, sabanyak 68 pusat IPU seluruh negara yang dikemas kini setiap jam menjadi rujukan.

Pengukuran kualiti zarah halus berbahaya dibahagika­n lima peringkat bacaan iaitu baik bagi bacaan 0 hingga 50, sederhana (51 hingga 100), tidak sihat (101 hingga 200), sangat tidak sihat (201 hingga 300), berbahaya (300 ke atas).

Di Sabah terdapat enam stesen IPU iaitu di Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau dan Politeknik Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Assaffal bersama sebahagian bekas pelajar SK Tanjung Labian.
MESRA: Assaffal bersama sebahagian bekas pelajar SK Tanjung Labian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia