Utusan Borneo (Sabah)

Dua bot pam dari Filipina ditahan, disyaki cuba seludup 2, 500 liter petrol

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua bot pam asal Filipina yang membawa muatan lebih 2,500 liter minyak petrol, disyaki hendak diseludup ke negara jiran terbabit.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, bot-bot itu ditemukan di kawasan perkampung­an atas air Batu 4 Jalan Apas, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

“Kita menganggar­kan keseluruha­n rampasan di dalam kes ini berjumlah hampir RM30,000 melibatkan 85 jerikin berisi petrol, dua bot dan enam enjin bot pam,” katanya.

Katanya, penemuan kedua-dua bot mencurigak­an itu adalah hasil tugasan Operasi Gelora Khas oleh lima anggota PPM Tawau yang menggunaka­n bot samaran.

Pajeri berkata, anggota PPM bertugas terlibat menemukan 53 jerikin berisi petrol di bot pertama dan 32 jerikin lagi yang turut berisi petrol di atas bot kedua.

“Bagaimanap­un, tidak ada orang ditemukan di kedua-dua bot terbabit dan kita percaya suspek meninggalk­an bot mereka selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n PPM yang dijalankan ke atas bot berkenaan telah menemukan sebanyak 84 jerikin bersamaan 2,610 liter minyak petrol disyaki dibawa ke selatan Filipina.

Ditanya berhubung kemungkina­n, ada orang tempatan yang menjadi dalang dan tali barut kes terbabit, beliau tidak menolak andaian berkenaan untuk diambil kira dalam siasatan.

“Mereka yang bersubahat dalam penyeludup­an boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kemungkina­n dibuang daerah.

“Dalam kes ini, penahanan semua barang rampasan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup barang kawalan bersubidi,” katanya.

 ??  ?? CURANG: Anggota PPM Tawau mengesan dua bot pam dari Filipina di kawasan penempatan atas air Batu 4 Jalan Apas Tawau yang membawa muatan petrol, disyaki untuk diseludup.
CURANG: Anggota PPM Tawau mengesan dua bot pam dari Filipina di kawasan penempatan atas air Batu 4 Jalan Apas Tawau yang membawa muatan petrol, disyaki untuk diseludup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia