Utusan Borneo (Sabah)

Anwar sambut positif sokongan USBO

Tiada kaitan politik kerana ia hanya sokongan bagi pertubuhan suku kaum

-

KOTA BELUD: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut positif sokongan padu yang dizahirkan Pertubuhan Bumis (Bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk) Bersatu Sabah (USBO) terhadap kepimpinan beliau pada masa kini.

Beliau berkata sokongan yang dizahirkan oleh Presiden USBO yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Penasihat USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak ada kaitan dengan politik kerana ia hanya sokongan daripada sebuah pertubuhan suku kaum.

“Saya agak terkesan kerana mereka memberikan sokongan kepada saya…dan apa yang kita bincangkan pada hari ini hanya mengenai kebudayaan dan tiada perbincang­an mengenai politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpuna­n Memperinga­ti Hari Malaysia Sabah 2019 anjuran USBO di Dewan Seri Kilapi, Rampayan Laut, dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Pandikar yang mewakili USBO turut menyatakan sokongan penuh kepada kepemimpin­an Anwar selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri dan ia disambut tepukan dan sorakan gemuruh lebih 10,000 orang yang hadir pada majlis itu.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Anwar berkata apa yang penting sekarang adalah untuk membawa landskap politik baharu yang memikirkan rakyat dan menunjukka­n teladan yang baik.

“Saya yakin rakyat akan bersama kita jika kita menunjukka­n teladan yang baik. Soal menjadi Perdana Menteri, perkara ini sudah dibincangk­an dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekarang gilirannya mentadbir, saya tidak ganggu.

“Namun apabila tiba giliran saya jadi Perdana Menteri, saya akan laksanakan tanggungja­wab itu sebaiknya. Saya akan pastikan ada perubahan yang baik pada masa hadapan dan saya akan teruskan tanggungja­wab berkenaan tuntutan Sabah khususnya mengenai Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, sambil menzahirka­n sokongan kepada kepimpinan Anwar, Pandikar dalam ucapannya turut menyifatka­n Anwar sebagai pemimpin paling layak atau ‘the last samurai’ untuk menerajui kepemimpin­an negara selepas Dr Mahathir.

“USBO menyokong penuh kepemimpin­an Anwar dan politik adalah dinamik dan keputusan kita pada hari ini kena ambil kira persekitar­an politik masa kini…kita menyokong bukan disebabkan mahukan jawatan atau apa-apa imbuhan kerana kita yakin Anwar mampu menyatupad­ukan seluruh rakyat di negara ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Salleh turut merakamkan terima kasih kepada Anwar kerana hadir merasmikan majlis berkenaan dan menyatakan kepimpinan Anwar kini berada di landasan yang betul bagi menyelamat­kan Malaysia yang kini terdapat politik ekstrem yang boleh menghancur­kan negara.

 ??  ?? SAMBUT: Salleh (kiri) dan Pandikar (kanan) menyambut Anwar (tengah) sempena Perhimpuna­n Memperinga­ti Hari Malaysia Sabah 2019 anjuran USBO di Kota Belud semalam.
SAMBUT: Salleh (kiri) dan Pandikar (kanan) menyambut Anwar (tengah) sempena Perhimpuna­n Memperinga­ti Hari Malaysia Sabah 2019 anjuran USBO di Kota Belud semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia