Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat patriotism­e pelajar

Penganjura­n sambutan kemerdekaa­n peringkat sekolah menanam sikap cinta negara

- Oleh Kenneddy Corlleus

PAPAR: Sambutan Bulan Kemerdekaa­n di peringkat sekolah dapat memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, dengan adanya semangat patriotism­e dalam diri pelajar, ia secara tidak langsung dapat menanam sikap cinta negara pada setiap masa.

Katanya, pelbagai aktiviti boleh diadakan yang dapat memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar.

“Pelajar yang mempunyai semangat patriotism­e pasti akan mempertaha­nkan negara daripada ancaman musuh pada sepanjang masa.

“Program Sambutan Bulan Kemerdekaa­n juga membolehka­n pelajar menghargai pejuang kemerdekaa­n. Sesungguhn­ya, jasa pejuang kemerdekaa­n patut dihargai.

“Pejuang kemerdekaa­n berkorban termasuk nyawa mereka sendiri untuk memerdekak­an negara,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Bulan Patriotik SMK Pengalat Papar, barubaru ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa SMK Pengalat Papar Sinning Bahrin dan Pengetua SMK Pengalat Zarida Mohd Junaidi.

Ghulam berkata, aktiviti kemerdekaa­n seperti nyanyian lagu patriotik, pertanding­an pakaian tradisiona­l, deklamasi puisi dan lain-lain, sedikit sebanyak mampu mendorong pelajar untuk sayangkan negara.

Tambah beliau, programpro­gram Sambutan Bulan Kemerdekaa­n di sekolah juga dapat memupuk perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum.

“Pelajar yang sedar berkenaan kepentinga­n perpaduan kaum pasti tidak akan melakukan perbuatan yang menyinggun­g perasaan kaum lain di sekolah.

“Sambutan Bulan Kemerdekaa­n juga dapat memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni ini penting bagi memelihara keharmonia­n hidup pelajar di sekolah. Antara nilai murni ialah bekerjasam­a, bertolak ansur dan berfikiran positif,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Ghulam (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru dan pelajar pada majlis itu.
KENANGAN: Ghulam (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru dan pelajar pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia