Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar diingatkan supaya sentiasa menuntut ilmu

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Matbali Musah mengingatk­an pelajar supaya sentiasa menuntut ilmu bagi memastikan mereka dapat menyumbang kembali kepada pembanguna­n masyarakat serta negara.

Beliau berkata, negara pada masa hadapan memerlukan lebih ramai generasi yang intelektua­l dan memiliki minda kelas pertama untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik.

Jelasnya, masa depan negara terletak pada generasi yang ada pada masa kini, justeru mereka perlu mempersiap­kan diri untuk memikul tanggungja­wab memimpin negara di masa hadapan.

“Teruskan usaha menuntut ilmu, ingatlah bahawa suatu hari nanti anda akan memimpin negara ini. Saya percaya setiap daripada anda akan menyumbang sesuatu kepada negara dan masyarakat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong yang diadakan di Dewan Asrama SMK Gadong, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Matbali turut merakamkan penghargaa­n kepada warga pendidik atas sumbangan mereka dalam mendidik anak-anak.

Beliau berkata, usaha itu tidak mudah dicapai tanpa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa pelajar.

Katanya, tanpa kerjasama erat antara guru dan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), segala perancanga­n dan program berkaitan pendidikan sukar dilaksanak­an.

“Saya yakin dan percaya, kecemerlan­gan yang dikecapi hari ini tidak mudah dicapai tanpa sokongan ibu bapa dan bimbingan daripada guru-guru.

“Saya harap kerjasama baik ini diteruskan lagi di masa hadapan bagi memastikan SMK Gadong dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti, sekali gus menjadikan negara kita setanding dengan negara maju lain,” katanya.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Matbali menerima cendera kenangan daripada pihak penganjur.
CENDERAHAT­I: Matbali menerima cendera kenangan daripada pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia