Utusan Borneo (Sabah)

PBSM Sarawak akan menganjurk­an ‘Run for Humanity 2019’

-

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarawak akan menganjurk­an ‘Run for Humanity 2019’ untuk tujuan amal bagi tahun ini dan dua tahun akan datang (2020, 2021).

Menurut kenyataan akhbarnya kelmarin, larian amal tersebut akan diadakan pada 10 November untuk dua kategori iaitu 3km dan 10km larian kompetitif bermula jam 5.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Disasarkan seramai 1,000 orang akan berkumpul di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Jalan Padungan termasuk peserta larian, pegawai, sukarelawa­n dan penyokong acara.

Hadiah menarik disediakan bagi penyertaan larian 10km terbabit iaitu hadiah pertama akan menerima tunai RM500 bersama trofi dan pingat.

Manakala tempat kedua RM300, trofi dan pingat dan tempat ketiga RM200, trofi dan pingat.

Bagi kategori yang sama, tempat keempat hingga ke10 akan menerima RM100 dan pingat sementara bagi tempat ke-11 hingga ke-20 akan menerima RM50 berserta pingat.

Pingat peringatan khas akan diberi kepada peserta daripada penganjura­n acara tiga tahun tersebut masingmasi­ng. Peserta Larian Kompetitif 10km akan dilepaskan pada jam 6 pagi sementara 3km akan dilepaskan pada jam 6.30 pagi.

Pendaftara­n boleh dibuat menerusi atas talian di http://run4humani­ty19.eventrunne­r.com.my atau lawati pendaftara­n ‘walk in’ di ULTRON, CityOne, REVRUN BROOKE atau Taman Sahabat di Jalan Song.

Tujuan utama larian tersebut adalah untuk mengutip dana bagi mengendali­kan perkhidmat­an ambulans berasaskan komuniti di sini.

Perkhidmat­an ambulans tersebut berperanan memberi bantuan kecemasan seperti bencana seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan industri dan kemalangan, penghantar­an ibu, kecemasan perubatan dan sokongan Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMS).

Juga, pemindahan pesakit dari rumah ke kemudahan perubatan atau sebaliknya dan pertolonga­n cemas.

MRCS telah membuat pesanan untuk satu unit ambulans Kelas B dan akan tiba tidak lama lagi. Kos kenderaan termasuk penukaran, fabrikasi, pemasangan beberapa peralatan sokongan wajib perubatan sekitar RM300,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia