Utusan Borneo (Sabah)

Feri bawa harapan baharu kepada penduduk kampung

Kampung Benawa dapat dikunjungi dengan kenderaan sejak feri beroperasi awal bulan ini

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Kampung Benawa yang terletak di kawasan Baram Tengah, yang juga merupakan satusatuny­a perkampung­an Melayu dan kaum Kiput Islam di sini, kini sudah dapat dikunjungi dengan kenderaan, apabila perkhidmat­an feri mulai beroperasi sejak awal bulan ini.

Kampung Benawa menjadi satu-satunya kampung di sini yang tidak dapat dihubungi dengan jalan raya kerana kedudukan geografiny­a dan hanya dapat dikunjungi menggunaka­n jalan air, sama ada dengan menaiki bot panjang atau bot ekspres dari pekan Marudi.

“Perjalanan pula memakan masa selama satu jam dan 15 minit dari Marudi. Tetapi kini kami sudah ada perkhidmat­an feri, yang telah memberi kelegaan kepada penduduk kampung ini,” kata Mohammad Manshor, 49, yang mengilhamk­an idea membawa perkhidmat­an feri tersebut.

Beliau yang merupakan nelayan dan ahli perniagaan di kampung berkenaan, telah bertemu dengan wakil rakyat mereka, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil yang juga ADUN Marudi, untuk menyediaka­n perkhidmat­an feri, menyeberan­gi Sungai Tinjar ke kampung berkenaan.

“Beliau (Dr Penguang) yang amat memahami keperluan kami di sini, tidak banyak kerenah sebaliknya meluluskan agar perkhidmat­an feri disediakan untuk kami,” katanya sambil menambah, keputusan itu disambut dengan penuh kegembiraa­n oleh penduduk kampung kerana kini, mereka sudah boleh dihubungi secara terus dengan menaiki kereta ke rumah mereka.

“Walau tambang yang dikenakan ialah RM30 untuk menyeberan­gi Sungai Tinjar dan RM60 untuk ulang-alik, namun penduduk kampung tidak kisah kerana mereka sedar keperluan feri ini yang menghubung­kan mereka dengan jalan raya di seberang sana,” tambah Mohammad.

Katanya, penduduk kampung amat memahami bahawa jalan raya terus ke kampung mereka adalah sesuatu yang sukar dibina kerana faktor geografi, justeru perkhidmat­an feri tersebut amat memadai ketika ini, di samping memendekka­n lagi masa perjalanan mereka berbanding menggunaka­n jalan sungai dengan menaiki bot ekspres atau perahu panjang.

“Dengan adanya perkhidmat­an feri ini, penduduk kampung boleh menggunaka­n kenderaan untuk ke pekan Marudi yang hanya memakan masa setengah jam sahaja dan begitu juga kita mahu terus ke bandar raya Miri,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk kampung katanya amat berterima kasih kepada pemilik feri yang bersedia memberi perkhidmat­an kepada penduduk Kampung Benawa dan kepada Dr Penguang yang prihatin dengan keperluan rakyat di kawasan Marudi.

Kini penduduk Kampung Benawa telah dapat dihubungi dengan jalan raya dan justeru, mereka amat berharap agar ahli keluarga khasnya anak-anak yang sudah menetap di Miri dan bandar-bandar lain di negeri ini, supaya dapat balik ke kampung halaman mereka untuk menjenguk ibu bapa dan saudara-mara yang masih tinggal di kampung.

Sementara itu, kenderaan pikap milik Mohammad merupakan kenderaan pertama tiba di Kampung Benawa baru-baru ini, dengan menggunaka­n perkhidmat­an feri tersebut.

Perjalanan pula memakan masa selama satu jam dan 15 minit dari Marudi. Tetapi kini kami sudah ada perkhidmat­an feri, yang telah memberi kelegaan kepada penduduk kampung ini. Mohammad Manshor Penduduk Kampung Benawa

 ??  ?? PERTAMA: Mohammad bersama kenderaan pikap miliknya yang pertama tiba di Kampung Benawa dengan menggunaka­n perkhidmat­an feri bagi menyeberan­gi Sungai Tinjar.
PERTAMA: Mohammad bersama kenderaan pikap miliknya yang pertama tiba di Kampung Benawa dengan menggunaka­n perkhidmat­an feri bagi menyeberan­gi Sungai Tinjar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia