Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit luar di hospital kerajaan meningkat berikutan jerebu

-

PUTRAJAYA: Terdapat peningkata­n antara 20 peratus dan 30 peratus pesakit luar di hospital-hospital kerajaan ekoran situasi jerebu yang melanda negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, terdapat peningkata­n 30 peratus pesakit di perkhidmat­an oftalmolog­i yang membabitka­n kes mata kering dan alergi konjunktiv­itis.

“Kami ingin tegaskan fasiliti kesihatan khususnya klinik Kementeria­n Kesihatan bersiap siaga untuk menangani peningkata­n mendadak (kes) akibat jerebu,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Hari Keselamata­n Pesakit Sedunia yang Pertama dan Seminar Keselamata­n Pesakit di sini semalam.

Ketua Perkhidmat­an Oftalmolog­i Kementeria­n Kesihatan Dr Nor Fariza Ngah berkata kebanyakan pesakit yang mendapatka­n rawatan di 42 hospital kerajaan mengalami alergi konjungtiv­itis yang tidak berjangkit.

Tetapi ia menyebabka­n ketidaksel­esaan seperti mata merah, berair dan menyebabka­n kes mata kering meningkat, katanya.

“Kita nasihati pesakit pakai ‘artificial tears’ yang sesuai dan kurangkan pendedahan kepada aktiviti luaran,” katanya yang juga pakar perunding mata di Hospital Shah Alam.

Beliau menegaskan hospital Kementeria­n Kesihatan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi terutamany­a untuk menghadapi situasi bermusim sedemikian dan telah belajar daripada musim jerebu yang lepas supaya lebih bersedia.

Menurut Dr Nor Fariza, pesakit yang mendapatka­n rawatan mata di Hospital Shah Alam berganda daripada 40 orang sehari kepada 80 orang sehari berikutan jerebu.

 ?? — Gambnar Bernama ?? JAWAB: Dzulkefly ketika sidang media selepas melancarka­n Hari Keselamata­n Pesakit Sedunia dan Seminar Keselamata­n Pesakit di Putrajaya, semalam.
— Gambnar Bernama JAWAB: Dzulkefly ketika sidang media selepas melancarka­n Hari Keselamata­n Pesakit Sedunia dan Seminar Keselamata­n Pesakit di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia