Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia berusaha sekat kemasukan pengganas

Dua perisian iaitu API dan PNR sedang dimasukkan ke dalam sistem imigresen yang baharu: Muhyiddin

-

Amerika juga boleh memanfaatk­an sumber-sumber yang terdapat di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan yang berpejabat di Kuala Lumpur untuk melaksanak­an matlamat bersama kami iaitu untuk menangani keganasan dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

WASHINGTON DC: Sistem Imigresen Malaysia yang baharu akan mengandung­i mekanisme untuk menyekat pengganas asing daripada menyeberan­gi sempadanny­a.

Bercakap kepada pemberita di ibu negara Amerika Syarikat ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa komitmen Kuala Lumpur dalam memperkasa­kan keselamata­n di sempadanny­a akan tergambar menerusi pelaksanaa­n pengumpula­n Maklumat Awal Penumpang (Advance Passenger Informatio­n - API) dan Rekod Nama Penumpang (Passenger Name Record - PNR).

“Kedua-dua perisian sedang dimasukkan ke dalam sistem imigresen yang baharu yang kini sedang dibangunka­n oleh Jabatan Imigresen Malaysia,” kata beliau.

Muhyiddin berkongsi perkembang­an itu ketika berucap pada Forum Kepimpinan Banyan Tree mengenai hubungan Strategik Malaysia-Amerika Syarikat, di Pusat Kajian Strategik dan Antarabang­sa di sini pada Isnin.

Beliau tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat bertujuan meningkatk­an hubungan keselamata­n antara keduadua negara. Dalam lawatannya sehingga 21 Sept depan, Muhyiddin juga akan ke New York.

Muhyiddin juga akan mengambil kesempatan daripada lawatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada Amerika Syarakat atas sokongan yang diberikann­ya kepada agensi-agensi penguatkua­saan Malaysia, termasuk dari segi pelbagai program latihan dan kursus jangka pendek yang diberikan kepada para penguat kuasa undang-undang.

“Amerika juga boleh memanfaatk­an sumber-sumber yang terdapat di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan yang berpejabat di Kuala Lumpur untuk melaksanak­an matlamat bersama kami iaitu untuk menangani keganasan dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata beliau.

Beliau turut mengungkap­kan rasa terima kasih kepada pihak berkuasa Amerika, terutamany­a Jabatan Kehakiman Amerika, atas kerjasama mereka terutama dalam usaha mendapatka­n semula berbilion dolar dana syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Muhyiddin memaklumka­n bahawa beliau adalah antara orang yang paling kuat menentang perlakuan rasuah peringkat tinggi membabitka­n 1MDB semasa beliau masih bersama kerajaan terdahulu.

Menteri itu bersyukur kerana perjuangan peribadi dan komitmen beliau mengenai tadbir urus dan kedaulatan undang-undang berbaloi apabila kebenaran mengenai skandal 1MDB didedahkan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khas kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat yang telah membantu mendapatka­n semula AS$322 juta nilai harta 1MDB sejak penyiasata­n terhadap 1MDB bermula pada Mei 2018.

“Proses untuk mendapatka­n semula aset ini masih berjalan dan kami menjangkak­an berjuta-juta dolar lagi akan dikembalik­an kepada Malaysia pada masa depan,” kata Muhyiddin. Beliau selanjutny­a berkata Malaysia akan terus bekerjasam­a rapat dengan Amerika Syarikat bukan sahaja dalam mempromosi­kan keamanan, keselamata­n dan kestabilan sejagat bahkan juga dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

“Dalam usaha kami hendak memastikan Malaysia terus mencapai kemajuan dalam usahanya hendak menjadi sebuah negara maju berpendapa­tan tinggi, kami mengalu-alukan pelaburan baharu dari Amerika terutama dalam kegiatan-kegiatan utama ekonomi yang telah dikenal pasti sebagai enjin pertumbuha­n baharu,” kata beliau.

Muhyiddin berkata ia termasuk teknologi kewangan, ekonomi digital, e-dagang, ekonomi hijau dan tenaga yang boleh diperbahar­ui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia