Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airlines: Kerajaan masih mencari penyelesai­an

Bukan mudah, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai isu

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mencari penyelesai­an bagi Malaysia Airlines Bhd yang berdepan masalah, yang majoritiny­a milik Khazanah Nasional Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia bukan mudah… kami telah berbuat banyak. Kerajaan terdahulu memberikan mereka RM6 bilion dan memecat 6,000 orang, dan selain itu, mengurangk­an jumlah penerbanga­n.

“Jadi, jika anda kurangkan tenaga kerja dan jumlah penerbanga­n, nisbah antara tenaga kerja dan aktiviti tidak berubah,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio BFM di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata terdapat laporan bahawa beberapa syarikat mungkin mengambil alih kepentinga­n dalam Malaysia Airlines, tetapi menurutnya, juga terdapat pihak yang bersikap amat sentimenta­l dan mahu melihat syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia.

“Tetapi, tidak terdapat pelabur Malaysia yang cukup mantap untuk mengambil alihnya,” jelas beliau.

Ketika ditanya bila tarikh akhir ditetapkan kerajaan untuk membuat keputusan tentang nasib Malaysia Airlines dan sekiranya ia akan mengguna pakai strategi Proton Holdings Bhd yang menjual kepentinga­n kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group, beliau mengulangi bahawa ia bukan mudah.

“Seperti yang anda tahu, Malaysia Airlines telah menjalani banyak perubahan, termasuk perubahan dalam pengurusan dan memecat 6,000 pekerja… namun kerugian kekal tinggi,” kata Dr Mahathir.

Perdana menteri turut memgambil perhatian bahawa apabila syarikat penerbanga­n kebangsaan itu ditubuhkan, tiada syarikat penerbanga­n tambang rendah, tetapi kini sudah ada.

Ini, katanya telah menjejaska­n bukan sahaja Malaysia Airlines, tetapi juga banyak yang lain. Sementara itu, pada hujung minggu lepas, sebuah akhbar perniagaan harian melaporkan Japan Airlines mungkin mengambil alih kepentinga­n dalam Malaysia Airlines.

Terdahulu, dalam temu bual itu, Dr Mahathir juga berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menjual hartanah tidak penting di dalam dan luar negara, satu langkah untuk membayar hutang yang Pakatan Harapan warisi daripada kerajaan terdahulu.

“Kami perlu cari harga yang baik. Kami ada hartanah di Hong Kong, Singapura dan negara lain, bukan sahaja di tanah air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia