Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis cilik dari Sweden terima anugerah hak asasi manusia Amnesty

-

WASHINGTON: Aktivis alam sekitar dari Sweden Greta Thunberg dan pergerakan belia Fridays for Future menerima anugerah ‘Ambassador­s of Conscience’ (Duta-duta Hati Nurani) dari kumpulan Amnesty Internatio­nal kelmarin bagi kerja mereka yang menarik perhatian kepada keperluan bagi tindakan segera untuk mengelak bencana iklim.

Aktivis berusia 16 tahun itu, yang bercuti selama setahun dari sekolah tinggi, menerima tepukan gemuruh dari pelajar di Universiti George Washington di ibu negara Amerika Syarikat di mana acara berkenaan diadakan.

“Politik yang diperlukan bagi menangani krisis ini langsung tidak wujud pada hari ini,” kata Thunberg, yang berdiri di atas anak tangga untuk mencapai mikrofon.

“Itulah sebabnya kenapa setiap daripada kita mesti menolak dari setiap sudut yang ada untuk mempertang­gungjawabk­an mereka yang berkenaan dan membuat orang yang memegang kuasa untuk bertindak.”

Dia menambah, anugerah itu bukan hanya untuk dirinya malah untuk jutaan belia yang telah mengambil bahagian sejak tahun lepas dalam mogok sekolah mingguan yang diadakan setiap Jumaat, diilhamkan oleh mogok yang dimulakann­ya di luar Parlimen Sweden pada Ogos 2018.

Mogok seterusnya akan diadakan pada 20 September, hari apabila Thunberg dan ribuan pelajar New York dijangka membanjiri lebuh raya sebagai sebahagian daripada mogok iklim global selain protes lain di seluruh dunia.

Ia akan disusuli pada Sabtu oleh Sidang Kemuncak Iklim Belia pertama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sidang Kemuncak Tindakan Iklim pada Isnin, yang dianjurkan ketua PBB itu kerana pencemar terbesar di dunia masih jauh tersasar daripada sasaran pengeluara­n gas rumah hijau mereka.

Thunberg bercakap dengan lantang kelmarin mengenai kemusnahan planet ini dan kematian berskala besar yang boleh berlaku disebabkan oleh perubahan iklim, pencemaran udara dan air, serta kemusnahan rantaian makanan.

Namun dia berkata dia juga menyaksika­n satu kebangkita­n.

“Walaupun ia perlahan, kelajuanny­a semakin meningkat dan perdebatan sedang beranjak,” katanya, sebelum dia merumuskan: “Jumpa anda di jalanan!”

Terdahulu Kumi Naidoo, selaku Setiausaha Agung Amnesty Internatio­nal, memberitah­u AFP bahawa organisasi itu pada asalnya tidak mahu memberi anugerah itu pada 2019, selepas keputusan yang luar biasa untuk menarik balik daripada Aung San Suu Kyi pada hujung 2018.

Namun Naidoo tersentuh dengan impak yang sudah dicapai oleh Thunberg dan aktivis remaja lain dan dapat capai pada masa depan, dan menambah Parlimen UK mengisytih­arkan darurat iklim selepas Thunberg berjumpa dengan para pemimpin politik British.

 ?? — Gambar AFP ?? DIHARGAI: Thunberg (tiga kiri) dan yang lain bergambar bersama Naidoo (tengah) sejurus penyampaia­n anugerah tersebut di Universiti George Washington di Washington DC, kelmarin.
— Gambar AFP DIHARGAI: Thunberg (tiga kiri) dan yang lain bergambar bersama Naidoo (tengah) sejurus penyampaia­n anugerah tersebut di Universiti George Washington di Washington DC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia