Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak Texas mati akibat ameba pemakan otak

-

WASHINGTON: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia di hospital, menurut keluargany­a dalam satu kenyataan kelmarin, selepas dijangkiti ameba ganjil pemakan otak ketika berenang di sebatang sungai di Texas baru-baru ini.

Lily Mae Avant berenang di sungai dan tasik semasa cuti hujung minggu sempena Hari Buruh pada awal September, kemudian mengalami sakit kepala dan demam pada hujung minggu berikutnya.

Kesihatann­ya merosot dengan cepat, dan dia telah dibawa ke sebuah hospital tempatan, sebelum dipindahka­n ke Hospital KanakKanak Cook di Fort Worth.

Perjuangan­nyauntukhi­dup telah mendapat sokongan dari sekitar Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Keluargany­a menyatakan dalam Facebook bahawa Lily Mae kini sudah berada di sisi Tuhan.

“Kata-kata tidak dapat menyuaraka­n bagaimana keadaan pada minggu lepas bagi keluarga kami.

“Kami telah dibanjiri dengan kasih sayang dan sokongan anda serta berasa sangat terharu dengan berapa banyak nyawa yang menerima kesan dari Lily Mae kami yang comel dan periang,” kata mereka.

Jabatan Perkhidmat­an Kesihatan Negara Texas memberitah­u media tempatan bahawa kanak-kanak itu mengalami ‘amoebic meningoenc­ephalitis’ peringkat awal, jangkitan otak yang berpunca daripada sejenis ameba yang menjangkit­i ‘Naegleria fowleri’.

Simptom pertama jangkitan biasanya kelihatan kirakira seminggu selepas ameba masuk ke dalam hidung.

“Ameba hidup dalam air tawar di sekitar Texas dan kawasan lain di AS, dan tiada kawasan air tertentu yang akan memberikan risiko lebih besar,” jurucakap agensi Chris Van Deusen memberitah­u stesen televisyen KWTX.

“Kes seperti ini bagaimanap­un sangat jarang berlaku meskipun jutaan orang yang berenang di tasik dan sungai setiap tahun.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia