Utusan Borneo (Sabah)

Amerika Syarikat persalah Iran

Serangan ke atas loji minyak Arab Saudi dilancar puak Huthi

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mempersiap­kan tindak balas kelmarin kepada serangan luar biasa ke atas kemudahan minyak Arab Saudi manakala Presiden Donald Trump berkata Iran kemungkina­n besar bertanggun­gjawab, seterusnya menimbulka­n kebimbanga­n baharu mengenai konflik di rantau Teluk.

Trump berkata beliau bersedia untuk membantu sekutu penting Arab Saudi ekoran serangan dron pada hujung minggu lepas, yang mencetuska­n lonjakan yang memecah rekod dalam harga minyak global, tetapi akan menunggu kepastian muktamad mengenai pihak bertanggun­gjawab.

“Kita ada banyak pilihan,” kata pemimpin AS itu kepada pemberita, dan menambah mereka tidak terburu-buru untuk bertindak balas dan rundingan dengan sekutu akan diadakan terlebih dahulu.

“Saya tidak mahu terlibat dalam konflik baharu, tetapi kadang-kadang kita perlu berbuat demikian.

“Itu adalah serangan yang sangat besar, dan ia boleh dibalas dengan serangan yang berkali-kali lebih besar,” katanya.

“Sudah tentulah ia kelihatan bagi kebanyakan pihak bahawa ia didalangi Iran,” tambah presiden itu.

Selepas beliau bertemu dengan Trump, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper turut mengetenga­hkan Iran sebagai kuasa serantau yang menggugat kestabilan, tetapi tidak pula menuduh Tehran secara langsung atas serangan itu.

Menurutnya, tentera AS sedang bekerjasam­a dengan rakan-rakannya untuk menangani serangan luar biasa ini dan mempertaha­nkan ketenteram­an berasaskan peraturan antarabang­sa yang sedang dilemahkan oleh Iran.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo akan melawat Arab Saudi, kata Trump tanpa memberi maklumat lanjut.

Perincian mengenai serangan pada Sabtu lepas ke atas Abqaiq, kemudahan memproses minyak terbesar di dunia dan lapangan minyak Khurais di timur Arab Saudi masih belum jelas, tetapi mengurangk­an pengeluara­n minyak mentah oleh pengekspor­t utama di dunia itu sehingga separuh.

Puak pemberonta­k Huthi yang disokong Iran di Yaman mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan tersebut, yang kemungkina­n besar membabitka­n dron dan peluru berpandu yang menepati sasaran dengan ketepatan mengejutka­n, menurut laporan.

Di Riyadh, pegawai berkata serangan itu melibatkan ‘senjata Iran’ tetapi tidak juga menuduh musuh serantau utama mereka itu secara langsung.

“Negara kami mengecam jenayah yang betul-betul besar ini dan mengancam keselamata­n dan keamanan antarabang­sa, selain mengesahka­n bahawa sasaran utama serangan ini adalah bekalan tenaga global, kerana serangan ini selari dengan serangan sebelum ini ke atas stesen pam Saudi Aramco menggunaka­n senjata Iran,” kementeria­n luar Arab Saudi menyebut dalam satu kenyataan.

Di satu sidang akhbar di Ankara, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata serangan itu merupakan tindakan mempertaha­nkan diri oleh puak Huthi daripada tentera perikatan Arab Saudi yang melancarka­n kempen udara terhadap mereka sejak 2015.

“Yaman merupakan sasaran bagi serangan bom harian.

“Rakyat Yaman terpaksa bertindak balas, mereka hanya mempertaha­nkan diri,” kata Rouhani.

Selepas kenyataan Trump pada hujung minggu lepas bahawa AS sudah bersiap siaga untuk bertindak balas, Rusia dan China pula menuntut kesabaran kelmarin, di tengahteng­ah kebimbanga­n bahawa situasi itu boleh bertambah buruk dan membahayak­an sebahagian besar bekalan tenaga dunia.

“Kami membantah semua tindakan yang memperbesa­rkan atau memburukka­n lagi konflik,” kata kementeria­n luar China, manakala Kremlin menggesa “semua negara untuk mengelak langkah terburu-buru atau kesimpulan yang boleh memburukka­n lagi keadaan”.

Ketua NATO Jens Stoltenber­g, yang bercakap di Baghdad, berkata beliau amat bimbang mengenai risiko keadaan bertambah buruk dan menyeru kepada semua pihak untuk mengelak serangan sedemikian daripada berulang.

Namun demikian beliau turut juga mengecam Iran kerana memarakkan keganasan di Timur Tengah.

“Iran menyokong pelbagai kumpulan pengganas dan bertanggun­gjawab kerana menggugat kestabilan seluruh rantau itu,” dakwanya.

Bagaimanap­un di Kongres AS, penggubal undang-undang memberi amaran supaya tidak membuka medan konflik baharu, sementara tentera AS terus berada di Syria, Iraq dan Afghanista­n.

“Pembabitan tentera AS secara langsung sebagai tindak balas kepada serangan Iran ke atas infrastruk­tur minyak Arab Saudi adalah satu kesilapan yang serius,” kata Senator Republikan Mitt Romney.

“AS tidak boleh melancarka­n perang ke atas Iran tanpa kelulusan Kongres,” kata Wakil Demokrat Ro Khanna.

“Puak Huthi bukan Iran, kita tidak boleh membiarkan satu lagi penipuan membawa kepada peperangan di Timur Tengah,” katanya.

 ?? — Gambar AFP ?? DISASARI: Gambar pandangan satelit serahan Planet Labs Inc. kelmarin menunjukka­n kerosakan ke atas infrastruk­tur minyak dan gas akibat serangan dron hujung minggu lalu di loji Abqaiq.
— Gambar AFP DISASARI: Gambar pandangan satelit serahan Planet Labs Inc. kelmarin menunjukka­n kerosakan ke atas infrastruk­tur minyak dan gas akibat serangan dron hujung minggu lalu di loji Abqaiq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia