Utusan Borneo (Sabah)

Tiga ditahan terlibat kes samun bersenjata, tembakan secara rambang

-

JOHOR BAHRU: Tiga ditahan polis pada Isnin dan awal pagi semalam, dipercayai terbabit dengan kejadian samun menggunaka­n senjata api dan tembakan secara rambang di sebuah rumah di Jalan Tun Fatimah 2, Kangkar Tebrau, dekat sini, Jumaat lalu (13 September).

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata dua suspek lelaki yang diberkas dipercayai melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabka­n kematian seorang warga emas (perempuan) berumur 75 tahun dan mencederak­an seorang remaja (lelaki) berusia 17 tahun.

Beliau berkata seorang wanita turut ditahan, dipercayai teman wanita kepada salah seorang lelaki yang ditahan itu.

“Semalam (kelmarin), pada kira- kira 12 tengah malam, pegawai dan anggota JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) telah berjaya mengesan kenderaan yang dinaiki tiga suspek di kawasan Pasir Gudang.

“Ketika polis menghampir­i kereta suspek, suspek bertindak ganas dengan menghimpit dan melanggar kereta polis menyebabka­n pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar ke kereta suspek menyebabka­n kereta mereka terbabas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, semalam.

Mohd Kamarudin berkata sejurus itu, salah seorang suspek (lelaki) kemudian bertindak mengacukan senjata api ke arah polis hingga menyebabka­n pihak polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertaha­nkan diri dan tembakan berkenaan terkena pada kaki kedua-dua suspek lelaki tersebut.

Bagaimanap­un, hanya seorang suspek lelaki dan wanita ditahan, manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.

Beliau juga berkata wanita yang ditahan ketika berada dalam kereta semasa dikejar polis pada 16 September, masih disiasat penglibata­n wanita dalam kejadian samun.

Mohd Kamaruddin berkata kesemua suspek warga tempatan itu berumur antara 22 hingga 37 tahun.

“Turut dirampas sepucuk revolver, sebutir peluru hidup dan sebuah kereta jenis Myvi dipercayai hasil samun,” kata beliau.

Sementara itu, suspek lelaki yang melarikan diri, kemudianny­a berjaya ditahan awal pagi ini di sebuah rumah di kawasan Plentong, dalam tempoh 24 jam selepas penahanan kedua suspek.

Mohd Kamarudin juga berkata kedua suspek lelaki turut dipercayai terlibat dalam menyamun seorang lelaki di mesin ATM di sebuah bank di Taman Molek kira-kira jam 7.45 pagi Sabtu lalu (14 September) selain turut melarikan kereta Perodua Myvi milik mangsa dan wang tunai RM150.

“Semakan rekod jenayah ke atas tiga suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah samun, pecah rumah dan dadah selain salah seorang dari suspek turut disenarai sebagai ‘dikehendak­i/wanted’ bagi kes samun di Seri Alam pada 2007,” katanya lagi.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Mohd Kamarudin menunjukka­n sepucuk pistol jenis Revolver dan sebutir peluru hidup yang dirampas selepas anggotanya berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan bunuh pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Mohd Kamarudin menunjukka­n sepucuk pistol jenis Revolver dan sebutir peluru hidup yang dirampas selepas anggotanya berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan bunuh pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia