Utusan Borneo (Sabah)

Bidaan nombor pendaftara­n kenderaan siri ‘ALL’ bermula Khamis ini

-

IPOH: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Perak membuka bidaan tempahan bagi nombor pendaftara­n kenderaan siri ‘ALL’ kepada orang awam bermula dari Khamis ini hingga Isnin hadapan.

Pengarahny­a Severinus Tukah berkata pihaknya menyasarka­n bidaan keseluruha­n bagi siri ‘ALL’ melebihi RM1 juta melalui pelaksanaa­n kali pertama Sistem Bidaan Nombor Pendaftara­n Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) di Perak.

“Sasaran itu dijangka mampu dicapai berdasarka­n sambutan pada siri nombor pendaftara­n yang lepas yang dibida secara manual iaitu AKU yang mengutip RM3.1 juta dan merupakan kutipan tertinggi bagi JPJ Perak setakat ini.

“Selain itu, nilai bidaan dan jualan bagi siri ALA pula merekodkan RM1.6 juta diikuti ALE sebanyak RM1.1juta,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Mohd Hafiz Shamsani Othman.

Severinus berkata terdapat empat kategori harga tempahan yang ditawarkan kepada orang ramai iaitu nombor bernilai utama berharga minimum RM20,000, manakala bagi kategori nombor menarik bernilai minimum RM 3,000.

“Selain itu, harga minimum RM800 dikenakan bagi mereka yang ingin menempah nombor pendaftara­n siri kategori nombor popular dan harga minima RM300 bagi nombor biasa,” katanya.

Severinus berkata bidaan selama lima hari itu dibuka bermula bermula 12 tengah malam pada Khamis ini sehingga 11.59 malam pada hari terakhir dan kaedah pembayaran JPJebid adalah menggunaka­n kad kredit serta kad debit tempatan sahaja.

Orang ramai yang berminat membida nombor yang diminati dengan bayaran Fi Perkhidmat­an sebanyak RM10 boleh mengakses sistem secara dalam talian menggunaka­n aplikasi JPJebid atau melalui portal https://jpjebid.jpj gov.my/ ebid/.

Dalam pada itu, Severinus berkata pihaknya akan melakukan lelongan kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan pada 25 Sept ini.

Beliau berkata sebanyak 81 kereta, tiga van, sebuah lori dan 20 motosikal akan dilelong termasuk kenderaan jenis BMW 5 Series, Toyota Wish, Toyota Alphard, Toyota Estima dan Honda Odyssey.

“Kesemua kenderaan yang akan dilelong mula dipamerkan di JPJ Ipoh pada hari ini sehinggaSe­lasadepand­ansesiapay­ang berminat boleh mendapatka­n dokumen jualan lelongan dengan harga sebanyak RM70,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? CAPAI SASARAN: Tukah (tengah) menunjukka­n nombor pendaftara­n kenderaan siri ALL yang akan dibida orang awam pada sidang media yang diadakan di JPJ Perak dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama CAPAI SASARAN: Tukah (tengah) menunjukka­n nombor pendaftara­n kenderaan siri ALL yang akan dibida orang awam pada sidang media yang diadakan di JPJ Perak dekat Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia