Utusan Borneo (Sabah)

Anak tunggal sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibu lumpuh

-

KOTA BHARU: Demi kasih sayang terhadap ibu, seorang anak sanggup mengambil keputusan berhenti kerja sejak sembilan bulan lalu demi menjaga ibu yang lumpuh setelah diserang angin ahmar.

Wan Ahmad Khairul Syakir Wan Rahim, 20, berkata, sebelum ini, dia dan ibunya, Mazana Abdullah, 54, bekerja di salah sebuah kedai pembekal kek di Kuala Lumpur, namun segalanya berubah apabila ibunya jatuh sakit sejak Disember tahun lalu.

“Saya rela buat apa sahaja untuk ibu, yang mana rutin harian adalah memandi, menukar lampin pakai buang, memberi minum susu serta menyuapkan makanan kepada ibu.

“Sebelum ini, lebih empat bulan ibu terpaksa bergantung kepada wayar yang dipasang di hidungnya setiap kali diberi minum susu, namun pada Mei lalu tiub itu sudah dibuang dan ibu tidak lagi memerlukan­nya dan sekarang kesihatan ibu semakin hari semakin positif,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjong Mas di sini, semalam.

Keluarga itu semalam menerima kunjungan daripada Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dalam Program Kaseh Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) yang turut menyampaik­an sumbangan wang tunai, katil serta kerusi roda.

Wan Ahmad Khairul Syakir berkata ibunya diserang angin ahmar selepas terjatuh di dalam tandas di rumah dan selama tiga hari berada di wad Hospital Sungai Buloh.

“Sebaik sahaja ibu dibenarkan keluar dari hospital, kami mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke Kelantan bagi memudahkan urusan untuk menjaganya selain berada dekat dengan keluarga,” katanya.

Katanya,untukmener­uskan kelangsung­an hidup mereka sekeluarga serta menampung perbelanja­an perubatan ibunya yang sedang sakit, ayahnya, Wan Rahim Wan Hussin, 55, bekerja sebagai pemandu bas di Kuala Lumpur.

“Setiap bulan, ayah menghantar wang perbelanja­an untuk keperluan ibu di kampung. Dalam sebulan saya perlu memperuntu­kkan RM2,000 untuk keperluan ibu termasuk lampin pakai buang, susu, rawatan perubatan secara tradisiona­l serta beberapa keperluann­ya yang lain.

Sementara itu, Ahmad Dusuki berkata pihaknya menyerahka­n katil yang diwakafkan, manakala kerusi roda pula disumbangk­an oleh Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) melalui POKB untuk memudahkan pergerakan Mazana.

“Selain itu, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah diluluskan dan berharap ianya sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban yang ditanggung oleh terutamany­a untuk menampung kos perubatan pada setiap bulan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu menghulurk­an menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Hong Leong Bank, 1965011934­2 atas nama Wan Ahmad Khairul Syakir Wan Rahim atau boleh menghubung­inya di talian 011-24170659.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia