Utusan Borneo (Sabah)

Dua RUU baharu mengenai rasuah pada persidanga­n Parlimen akan datang

-

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang (RUU) baharu - derma politik dan penubuhan ombudsmen, dijangka dibentangk­an di Parlimen pada Oktober ini, kata Ketua Pengarah Urus Tadbir, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata kedua-dua RUU ini merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Pelan Pencegahan Rasuah Negara (NACP) 2019-2023 yang memberi tumpuan utama untuk meningkatk­an tadbir urus, integriti dan antirasuah selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

“Di samping itu, Rang Undang-Undang mengenai Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) telah dibentangk­an di Parlimen dan dijangka diluluskan dalam persidanga­n Parlimen akan datang,” katanya semasa Forum Anti-Rasuah dan Integriti 2019 di sini semalam.

Terdahulu, dilaporkan bahawa kerajaan memuktamad­kan penggubala­n undang-undang yang berkaitan dengan pembiayaan politik dan akan dilancarka­n oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangk­an dalam mesyuarat Kabinet.

Rang Undang-Undang itu akan menyentuh pelbagai aspek termasuk pihak yang perlu mendedahka­n semua sumber pendanaan, termasuk sumbangan, serta beberapa inisiatif untuk memastikan ketelusan dan akauntabil­iti dalam pentadbira­n kerajaan yang digariskan dalam NACP 2019-2023.

Bercakap pada sidang akhbar kemudianny­a, Abu Kassim berkata beliau sedang menyiapkan draf garis panduan mengenai sokongan surat yang dikeluarka­n oleh ahli politik di negara ini, bagi memastikan pentadbira­n lebih telus.

“Bagaimanap­un, butiran mengenai perkara itu masih belum dapat didedahkan dan mesyuarat khas untuk membincang­kan perkara itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan pada hari Khamis (19 September),” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penguatkua­saan Seksyen 17A Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata peruntukan ini adalah pertahanan terbaik untuk menyediaka­n organisasi yang mempunyai prosedur yang mencukupi terhadap liabiliti korporat.

Peruntukan liabiliti korporat Akta SPRM yang akan dikuatkuas­akan pada 1 Jun tahun depan, juga untuk memastikan bahawa organisasi komersial tidak mengambil bahagian dalam aktiviti rasuah untuk kepentinga­n atau faedah mereka sendiri, katanya.

Penguatkua­saan Seksyen 17A itu melebarkan kuasa SPRM untuk mendakwa organisasi komersil yang terlibat dalam rasuah, menandakan peralihan yang ketara daripada tumpuan yang diberikan kepada individu sebelum ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Abu Kassim berucap pada‘Anti-Corruption And Integrity Forum 2019’ di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Abu Kassim berucap pada‘Anti-Corruption And Integrity Forum 2019’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia