Utusan Borneo (Sabah)

Semai semangat kekitaan, perpaduan anak Sabah

Kem Sayembara Kami Anak Malaysia (KEMKAM) anjuran Kelab Gemilang Pendidikan Tawau (KGPT)

-

KEM Sayembara Kami Anak Malaysia (KEMKAM) 2019 yang dianjurkan oleh Kelab Gemilang Pendidikan Tawau (KGPT) telah dijalankan selama dua hari bermula pada 14 September lalu.

Naib Ketua Wirawati Sabah Rina Jainal berkata, kem itu diadakan untuk menyemai semangat kekitaan dan perpaduan sebagai anak-anak Sabah yang berbilang kaum agar menghargai kesejahter­aan menjadi rakyat Malaysia.

Katanya, penglibata­n guru-guru berpengala­man sebagai tonggak jawatankua­sa pengurusan turut menyempurn­akan program yang bermula daripada cetusan ideanya sendiri.

“Bersempena Hari Malaysia ini, amatlah besar harapan saya sebagai pemimpin muda yang mengimpika­n jati diri dan semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda mempunyai tempat yang tinggi di jiwa adik-adik sekalian.

“Jati diri yang tinggi adalah sangat penting dalam memastikan perjalanan kita dalam membina sebuah negeri dan negara yang maju dari semua aspek sosial, pendidikan dan ekonomi, tidak tersasar.

“Perjuangan kita tidak pernah terhenti, sambutlah tanggungja­wab ini dengan ikhlas, jangan pernah berputus asa. Masa depan negeri dan negara bergantung kepada kita semua,” ujarnya pada majlis yang diadakan di Rumah Rehat Yayasan Sabah, Pusat Perhutanan Luasong.

Rina turut berharap agar program yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau itu akan terus diwujudkan supaya semangat cintakan tanah air akan terus terjaga.

Pada kem itu, Dr AlAzharry Kamunri dari Majlis Keselamata­n Negara turut hadir menyelaras­kan Bengkel Pembentuka­n Malaysia dan menjadi panel kepada Forum: Tang- gungjawab Saya Sebagai Generasi Rakyat Malaysia Hari Ini.

Pensyarah Kanan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tawau Dr Nordin Bulla turut bersama menjayakan bengkel Pengertian Rukun Negara yang sangat memberi kesan kepada peserta.

Turut hadir, Pengerusi Kelab Gemilang Pendidikan Tawau Akhmad Monggoh, wakil pengurusan Yayasan Sabah Ibrahim Umbing, Pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Bahagian Tawau Syveiro Patrick, Ketua Kampung Luasong Abidin Mohd Taib serta pejuang veteran 1960-an Masud Salbi dan Hamud Salleh.

 ??  ?? KENANGAN: Tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama semua peserta kem.
KENANGAN: Tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama semua peserta kem.
 ??  ?? PESERTA: Antara peserta kem yang turut serta dalam KEMKAM.
PESERTA: Antara peserta kem yang turut serta dalam KEMKAM.
 ??  ?? AKTIVITI: Antara aktiviti para peserta dalam KEMKAM 2019.
AKTIVITI: Antara aktiviti para peserta dalam KEMKAM 2019.
 ??  ?? FORUM: Rina (dua dari kiri) ketika sesi forum bersama Al-Azharry (dua kanan) dan Syveiro (kanan).
FORUM: Rina (dua dari kiri) ketika sesi forum bersama Al-Azharry (dua kanan) dan Syveiro (kanan).
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Rina menyampaik­an cenderahat­i kepada Nordin dengan diiringi oleh Abidin (kiri) dan MPKK.
CENDERAHAT­I: Rina menyampaik­an cenderahat­i kepada Nordin dengan diiringi oleh Abidin (kiri) dan MPKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia