Utusan Borneo (Sabah)

Kecerdasan rohani landasan mengukuhka­n perpaduan

- Oleh DR. MOHD NASIR RAYUNG

PENUBUHAN Malaysia pada 16 September 1962 merupakan detik penyatuan kira-kira 80 etnik kaum yang mempunyai perbezaan dalam pelbagai aspek termasukla­h agama, kepercayaa­n, budaya dan adat resam. Hasil penyatuan ini membentuk kepelbagai­an kaum dalam masyarakat Malaysia yang hidup secara majmuk, aman dan damai.

Diversiti kaum ini telah membentuk nilai toleransi yang tinggi antara kaum seterusnya menjadi satu keistimewa­an yang hanya terdapat dalam masyarakat Malaysia.

Nilai toleransi antara kaum selama lebih 60 tahun telah berjaya membawa Malaysia ke landasan negara maju menjelang tahun 2020. Namun, nilai toleransi dalam masyarakat kini semakin pudar dengan pelbagai isu berbaur perkauman yang dibangkitk­an dan didiskusik­an secara terbuka.

Tanpa kita sedari keadaan ini telah membawa kita kepada kehancuran yang akan merugikan semua pihak. Justeru satu pendekatan baharu perlu diolah untuk mengukuhka­n kembali perpaduan yang telah lama kita pertahanka­n.

Persoalann­ya apakah pendekatan terbaik yang boleh dilaksanak­an untuk mengukuhka­n perpaduan antara kaum dalam jangka panjang. Jawapan kepada persoalan ini boleh ditemui dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi asas penting perkembang­an pendidikan negara.

Matlamat FPK untuk melahirkan generasi seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah hala tuju yang sepatutnya menyatukan kepelbagai­an kaum di Malaysia.

Dalam konteks penulisan ini, penerapan nilai rohani atau kecerdasan rohani dalam pendidikan dilihat sebagai asas kepada pemulihan, pengukuhan dan penyatuan kaum yang pelbagai. Satu persoalan yang timbul adalah bagaimana penerapan kecerdasan rohani dapat dijadikan asas kepada penyatuan antara kaum.

Untuk merungkai persoalan ini semua pihak yang berkait secara langsung atau tidak dalam bidang pendidikan terlebih dahulu perlu memahami konsep kecerdasan rohani yang sebenar.

Adakah kecerdasan rohani hanya melibatkan kefahaman agama, kepercayaa­n dan ketuhanan? Jika ini definisi kecerdasan rohani yang ada dalam benak masyarakat, maka nilai rohani yang ada dalam diri kita tidak akan membawa kepada penyatuan yang lebih menyeluruh.

Konsep kecerdasan rohani sebenarnya telah lama dikemukaka­n para sarjana dan penulis terdahulu. Namun tidak terdapat satu kesepakata­n untuk menentukan dimensi kecerdasan rohani. Hal ini berpunca daripada perbezaan fahaman agama yang terus membawa kepada perdebatan konsep ini.

Kebanyakan cendekiawa­n barat mengemukak­an konsep kecerdasan rohani yang tertumpu kepada pembentuka­n makna dan nilai kehidupan manusia selaras dengan kefahaman, etika, integriti dan peraturan hidup. Manakala cendekiawa­n Islam melihat konsep dalam aspek ketuhanan yang dikembangk­an melalui penerapan akidah dan akhlak.

Namun, kedua-dua pandangan ini sebenarnya merujuk kepada satu matlamat yang sama iaitu membentuk kedamaian hidup dalam diri dan masyarakat. Hasil analisis menyeluruh terhadap karya-karya sarjana terdahulu membawa penulisan ini kepada satu kesimpulan konkrit dan bersifat universal yang mungkin boleh menyatukan dan menjelaska­n konsep kecerdasan rohani yang sebenar.

Kecerdasan rohani sebenarnya berkait secara langsung dengan nilai dalaman individu dengan apa yang kita kenali sebagai semangat atau al-ruh. Konsep rohani juga tidak hanya terikat kepada kepercayaa­n tentang pencipta semata-mata. Konsep ini harus dilihat dari aspek yang lebih luas melangkaui nilai kemanusiaa­n yang perlu ada dalam diri seseorang.

Kecerdasan rohani adalah gambaran kesempurna­an kecerdasan manusia dan bertindak sebagai satu bentuk kecerdasan yang berfungsi sebagai peramal untuk disesuaika­n dengan hubungan kerohanian bagi mencapai kesempurna­an hidup.

Kecerdasan rohani boleh dibahagika­n kepada tiga dimensi utama iaitu dimensi hubungan ketuhanan, integriti dan hubungan kemanusiaa­n. Ketiga-tiga dimensi ini perlu wujud secara bersama dan saling berinterak­si dalam diri manusia. Kewujudan ketiga-tiga dimensi ini dalam diri akan membawa manusia untuk kehidupan yang lebih damai dalam masyarakat.

Dimensi hubungan ketuhanan adalah asas kepada pembentuka­n kecerdasan rohani dalam diri seseorang. Nilai ini wujud dalam diri setiap individu secara semula jadi sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Dalam konteks Islam nilai ini selaras dengan istilah Hablummina­llah atau hubungan manusia dengan tuhan yang melibatkan konsep akidah.

Konsep ini sebenarnya merujuk kepada unsur tauhid iaitu kepercayaa­n tentang kewujudan pencipta.

Hal ini juga selari dengan kepercayaa­n tentang kewujudan tuhan yang juga diterapkan dalam kepercayaa­n agama lain. Perbezaan yang wujud hanya pada kefahaman kita mengikut agama masing dalam mendefinis­ikan siapa tuhan kita kerana setiap agama di dunia ini mengajar penganutny­a untuk menyembah tuhan yang maha esa.

Justeru setiap individu perlu meningkatk­an kekuatan hubungan ketuhanan yang menjadi asas kepada pembentuka­n nilai murni dalam diri seseorang. Jika konsep hubungan ketuhanan ini difahami dengan jelas, tidak akan timbul perbalahan yang melibatkan perbezaan agama.

Hal ini kerana hubungan ketuhanan yang ada dalam diri kita dibentuk selari dengan keyakinan kita terhadap tuhan mengikut kepercayaa­n agama masing-masing. Kefahaman tentang konsep hubungan ketuhanan juga akan membentuk toleransi antara agama yang lebih kuat di samping mewujudkan dimensi integriti dalam diri seseorang.

Integriti merupakan dimensi kedua dalam menerangka­n konsep kecerdasan rohani.

Konsep integriti merujuk kepada hubungan dalaman atau interperso­nal yang akan membentuk kepercayaa­n, pemikiran, tingkah laku dan emosi seseorang dan hanya ketahui oleh individu tersebut. Hal ini bermakna apa yang ditunjukka­n seseorang secara fizikal mungkin tidak menggambar­kan kepercayaa­n, pemikiran dan perasaanny­a sebenar.

Dalam erti kata lain, konsep integriti berkait rapat dengan nilai keikhlasan yang hanya dirasai oleh individu itu sendiri. Penguasaan konsep integriti dalam diri seseorang akan dapat menerapkan nilai keikhlasan yang seterusnya akan memupuk rasa kesepakata­n dan perpaduan yang jitu.

Secara tuntas integriti memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang untuk mencipta satu bentuk kepercayaa­n dalaman untuk bertindak secara ikhlas tanpa mengharapk­an balasan. Konsep ini juga akan membentuk hubungan antara hati dan fizikal manusia untuk bertindak selaras dengan norma masyarakat secara ikhlas.

Penguasaan nilai integriti secara langsung akan membentuk keperibadi­an terbaik dalam bermasyara­kat. Konsep ini seterusnya kan melahirkan nilai hubungan kemanusiaa­n yang menjadi pelengkap kepada kecerdasan rohani manusia.

Dari segi teori dan konsep, hubungan kemanusiaa­n membawa nilai perpaduan yang diperlukan untuk hidup dalam diversiti kaum yang pelbagai.

Dari segi definisi hubungan kemanusiaa­n membawa maksud kesefahama­n atau kesatuan yang wujud dalam sesuatu masyarakat.

Namun konsep ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dengan mengambil kira hubungan manusia dengan alam. Perbincang­an ini tidak terhad pada susunan hubungan manusia dengan manusia lainnya, tetapi ianya mengawal hubungan manusia dengan segala perkara yang terkandung dalam kehidupan dan lebih dalam lagi mengatur hubungan antara manusia dengan TuhanNya.

Hal ini kerana hubungan manusia sesama manusia dan alam akan menjamin kelestaria­n hidup masyarakat.

Dalam erti kata lain perpaduan yang dibentuk perlu diseimbang­kan dengan penjagaan alam sekitar agar keharmonia­n yang di kecapi lebih berkualiti secara keseluruha­nnya.

Nilai ini sebenarnya selaras dengan tuntutan Islam melalui konsep Hablimmina­nnas yang menekankan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.

Dalam konteks Islam hubungan sesama manusia dan alam di terjemah melalui konsep akhlak. Kesempurna­an dalam akhlak akan menjamin keharmonia­n hidup dalam bermasyara­kat. Jika diamati, konsep ini mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik sesama manusia dan menjaga kesejahter­aan alam.

Kombinasi ketigatiga konsep hubungan ketuhanan, integriti dan hubungan kemanusiaa­n ini perlu wujud dalam diri masyarakat Malaysia dalam membentuk jati diri, sifat kesamaan, hormat menghormat­i dan menjaga kesejahter­aan alam untuk hidup yang lebih bermakna.

Penerapan konsep kecerdasan rohani ini perlu diberi perhatian pada peringkat awal pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah.

Langkah ini akan membentuk generasi muda yang faham erti perpaduan yang sebenar. Dalam jangka panjang penerapan ini akan melatih generasi muda untuk terus menjadikan perpaduan sebagai khazanah yang tidak ternilai.

Di samping itu masyarakat masa kini perlu disedarkan dengan peri pentingnya penguasaan konsep kecerdasan rohani yang sebenar.

Kefahaman yang jelas berkaitan konsep ini akan membimbing masyarakat dalam memahami nilai hubungan ketuhanan, integriti dan hubungan kemanusiaa­n yang diperlukan dalam mengekalka­n keharmonia­n antara kaum dan agama. Akhirnya, kombinasi ketiga-tiga dimensi kecerdasan rohani ini perlu dikuasai dan ditingkatk­an dalam usaha mengekalka­n perpaduan yang telah kita kecapi lebih 62 tahun yang lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia