Utusan Borneo (Sabah)

Semangat patriotik yang bukan biasa-biasa

-

SERING KALI dipersoal sumbangan kita untuk negara, dan mungkin juga sudah pelbagai cara yang telah kita lakukan untuk menunjukka­n rasa kasih kita, tetapi adakah ia sudah mencukupi?

Benarlah kata bidalan, jauh berjalan luas pandangan.

Menyertai Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019 baru-baru ini banyak membuka mata dan pemikiran betapa sebenarnya rakyat Malaysia ini masih kukuh semangatny­a serta sayangnya pada tanah air.

Sekali gus, diri berasa kerdil, kerana rupa-rupanya mengibarka­n bendera setahun sekali pada badan kenderaan di bulan Ogos itu cuma perkara biasa, berbanding ramai yang lain mampu mengekspre­sikan perasaan masing-masing dengan pelbagai cara yang lebih unik.

Salah seorang daripadany­a ialah Jamal Jakim, yang mungkin semangat patriotikn­ya diwarisi daripada Allahyarha­m ayahandany­a, Jakim Kemin atau Wak Jakim yang bermula daripada sebatang bendera, hingga kini beribu jumlahnya menghias tanah milik keluarga yang sudah didiami kira-kira 40 tahun.

Jika melalui Kampung (Kg) Jaya Lumadan, pasti sesiapa sahaja yang melalui jalan utama dapat melihat kawasan rumahnya yang dipenuhi kain berwarnawa­rni, malah dengan penjagaan yang rapi, ada antara bendera ini masih cantik dikibar walau dibeli dalam tempoh 14 tahun lamanya.

“Kami hias bendera bermula dari rumah sehingga simpang Kg. Lumadan dengan ratusan bendera yang terpanjang yang kami jahit sendiri demi Hari Kebangsaan dan kami tidak jemu melakukann­ya secara serius selama 16 tahun.

“Terkenang pada tahun 1963, ketika itu belum ada lagi bendera begini dijual, dan kami hanya dapat satu sahaja, jadi saya dan bapa pergi ke hutan untuk menpiala cari kayu yang lurus untuk dipacak di hadapan balai raya Kg. Lumadan.

“Ketika itu, cukup cuma satu bendera, tetapi hati sudah sangat bersemanga­t dan mampu menyemarak­kan semangat patriotik di hati setiap kami.

“Kenangan bersama arwah bapa, sebolah-bolehnya dia mahu kami hias rumah dengan bendera, buluh kami cari sendiri hingga 100 batang di dalam hutan untuk dijadikan tiang,” kongsinya.

Semangat mereka meada mang hebat, dan seharusnya diberi pujian dan tidak hairan jugalah apabila pada 2010 mereka dijemput ke Putrajaya dan memperoleh serta sijil daripada kerajaan Malaysia ketika mewakili Sabah memenangi kategori individu dalam Program Keceriaan Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Kebangsaan.

“Kami menang mungkin sebab setiap tahun kami bina pintu gerbang yang memakan kos kira-kira RM600 dan bapa tidak pernah berkira serta sanggup keluarkan duit sendiri asalkan rumahnya dihias cantik.

“Bendera yang kami beli setiap tahun akan dicuci bersih, disimpan di dalam plastik, diikat di dalam kotak serta diletak ubat semut supaya dijauhi daripada serangga,” katanya.

Menurut Jamal juga, mereka akan mulai memasang dan menghias bendera pada pertengaha­n bulan Julai, dan akan diturunkan selepas sambutan Hari Malaysia saban tahun.

Tambahnya, dana untuk menghias rumahnya diperoleh daripada sembilan orang anak serta kaum keluarga kerana dia sememangny­a mendapat sokongan penuh daripada semua, malahan anak-anak juga sanggup memanjat di tempat tinggi jika perlu.

Apa yang menarik, sepernah mangat mereka tidak cuma setakat itu, tetapi yang sangat membanggak­an seluruh ahli keluarga ini akan bersama-sama berkumpul di pekarangan rumah menanti detik tengah malam tanggal 31 Ogos untuk sama-sama menyanyika­n lagu Negaraku sambil Jamal menaikkan bendera di tiangnya. “Pernah suatu ketika ribut kuat melanda kampung hingga bendera yang sudah dipasang roboh hingga ke jalan raya, walaupun banyak buluh

yang patah namun kami tidak kisah perbaiki semula.

“Saya memang sayang pada bendera-bendera ini dan tidak suka dengar jika orang sengaja memasang bendera terbalik, dan seboleh-bolehnya saya akan ke rumahnya untuk meminta dia perbetulka­n semula.

“Pada saya mereka yang tidak sensitif dengan pemasangan bendera yang betul memang tidak hormat pada kerajaan. Bendera ini tidak boleh dibuat main. Sedangkan untuk pasang pun saya tidak letak di tanah kerana hormat dengan bendera ini.

“Apatah lagi abang saya dulu seorang askar, maka saya turut perjuangka­n dengan menjaga bendera ini jadi saya tidak mahu jika bendera kita dibakar atau dibuang sesuka hati, jika saya lihat pasti saya nasihati mereka,” ujar Jamal.

Harapannya kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan dan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia disambut dengan baik, aman dan damai.

Beliau turut menyeru agar semua rakyat Malaysia untuk turut memasang bendera di kawasan masing-masing dan jangan hanya berharap bendera diberi secara percuma apatah lagi ia boleh diulang pakai setiap tahun malah boleh ditambah lagi supaya nampak meriah. Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? BANGGA: Jamal, bersama sijil dan trofi yang diterima pada tahun 2010 di Putrajaya. HIASAN BENDERA: Rumah Jamal yang dipenuhi dengan hiasan bendera. SEGAK: Antara hadirin yang nampak kacak memakai baju Jalur Gemilang.
BANGGA: Jamal, bersama sijil dan trofi yang diterima pada tahun 2010 di Putrajaya. HIASAN BENDERA: Rumah Jamal yang dipenuhi dengan hiasan bendera. SEGAK: Antara hadirin yang nampak kacak memakai baju Jalur Gemilang.
 ??  ?? SEMANGAT: Saat nyanyian lagu Negaraku berkumanda­ng, para hadirin turut bersemanga­t berdiri menyanyi bersama.
SEMANGAT: Saat nyanyian lagu Negaraku berkumanda­ng, para hadirin turut bersemanga­t berdiri menyanyi bersama.
 ??  ?? PATRIOTIK: Salah seorang penduduk yang menghias motosikal dengan bendera.
PATRIOTIK: Salah seorang penduduk yang menghias motosikal dengan bendera.
 ??  ?? EDAR BENDERA: Ketua Konvoi, Zulhanin Hasni mengetuai rombongan KMJG mengedar bendera pada laluan Kota Kinabalu-Sipitang.
EDAR BENDERA: Ketua Konvoi, Zulhanin Hasni mengetuai rombongan KMJG mengedar bendera pada laluan Kota Kinabalu-Sipitang.
 ??  ?? SOKONG: Antara yang hadir menunjukka­n sokongan dan meraikan Hari Kebangsaan.
SOKONG: Antara yang hadir menunjukka­n sokongan dan meraikan Hari Kebangsaan.
 ??  ?? PEWARIS: Anak-anak pewaris bangsa turut sama meraikan rombongan KMJG.
PEWARIS: Anak-anak pewaris bangsa turut sama meraikan rombongan KMJG.
 ??  ?? KIBAR: Zulhanin mengibarka­n bendera bersama pelajar-pelajar sekolah.
KIBAR: Zulhanin mengibarka­n bendera bersama pelajar-pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia