Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool tidak jadi ‘gila’ selepas julang trofi Liga Juara-Juara, kata Klopp

-

NAPLES, Itali: Jurulatih Napoli, Jurgen Klopp, berkata pasukannya tidak menjadi ‘gila’ selepas memenangi Liga JuaraJuara dan mereka sudah bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan bermula dengan perlawanan pembukaan Kumpulan E menentang Napoli di Itali.

“Untuk memenangin­ya adalah hebat, tetapi ia tidak mengubah apaapa,” kata Klopp kepada wartawan di Naples.

“Ia sangat mudah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. “Jika anda menjadi gila dan mula mengambil dadah, membeli kereta mewah atau apa sahaja, meninggalk­an isteri anda, maka ia akan menjadi sukar.

“Kami mahu mewujudkan lebih banyak cerita untuk diingati di masa hadapan dan bukan hanya kali ini.

“Kami tidak berasa terbeban, ia sudah lama berlaku, tiga, empat bulan lalu.” Liverpool sudah melangkah ke dua final Liga Juara-Juara terakhir, menewaskan Tottenham Hotspur di Madrid pada bulan Jun selepas tewas kepada Real Madrid 12 bulan sebelum itu. Dan mereka berada di kemuncak Liga Perdana Inggeris dengan lima kemenanga n berturut-turut liga. Klopp, 52, berkata mereka lebih berminat untuk belajar dari kesilapan tahun lepas termasuk tewas semua perlawanan di gelanggang lawan bermula dengan kekalahan 0-1 di Napoli menerusi gol lewat Lorenzo Insigne.

“Kami tewas semua perlawanan di gelanggang lawan, kami boleh sekurang-kurangnya mengubahny­a musim ini,” kata beliau.

Napoli dijangka memberikan saingan yang kuat kepada Liverpool dalam Kumpulan E, yang juga termasuk Salzburg dan Genk.

Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti berkata pasukannya sudah belajar dari kesilapan musim lepas, apabila gagal layak dari kumpulan sukar yang turut termasuk juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Napoli berada di tangga kelima liga selepas tiga perlawanan, termasuk kekalahan kepada juara bertahan, Juventus.

Klopp percaya ada persamaan di antara Liverpool dan Napoli musim ini.

“Sebuah pasukan yang sangat bagus, memiliki beberapa pemain baharu tetapi mempunyai majoriti pemain yang sama, jadi kami adalah sama,” kata Klopp.

Pemain baharu Napoli termasuk penyerang Fernando Llorente yang tiba dari Tottenham dan pemain tengah, Hirving Lozano dari PSV Eindhoven. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia