Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Olahraga Dunia: Felix disenaraik­an dalam skuad AS

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Atlet olahraga AS, Allyson Felix, disenaraik­an buat kali kesembilan berturut-turut dalam skuad olahraga AS untuk Kejohanan Olahraga Dunia Isnin lepas ketika AS mempamerka­n skuad yang kuat untuk kejohanan yang akan berlangsun­g di Doha bulan ini.

Felix, 33, disenaraik­an sebagai sebahagian dari pasukan lari berganti-ganti AS selepas gagal layak untuk acara individu 400 meter pada kejohanan kelayakan di Des Moines, Iowa, pada bulan Julai.

Ia bermakna Felix mempunyai peluang menambah koleksi 11 pingat emas beliau pada Kejohanan Dunia, menang dalam acara individu dan berganti-ganti di antara 2005 dan 2017.

Felix, yang kali pertama muncul pada Kejohanan Dunia pada 2003 ketika dikenali sebagai bintang remaja, kembali menjalani latihan untuk musim ini selepas melahirkan anak perempuan pada bulan November tahun lepas.

Selepas menduduki tempat keenam di final 400 meter kejohanan kelayakan AS, Felix berkata beliau akan berkunjung ke Qatar untuk Kejohanan Dunia berdasarka­n merit.

“Jika saya merasakan saya dalam prestasi yang baik untuk membantu pasukan, maka ya, saya akan pergi,” kata pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik itu.

Felix adalah sebahagian dari 141 atlet dalam skuad AS ke Doha, yang turut termasuk lapan juara bertahan dunia dan 13 pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio.

Juara bertahan dunia adalah Tori Bowie, Kori Carter, Emma Coburn, Phyllis Francis, Justin Gatlin, Sam Kendricks, Brittany Reese dan Christian Taylor, kesemua mereka menerima laluan percuma ke kejohanan yang berlangsun­g dari 27 September hingga 6 Oktober.

Juara Liga Permata musim ini, Noah Lyles (200 meter), Ajee Wilson (800) dan Michael Norman (400), juga menerima laluan percuma.

Sementara itu, pelari pecut 100 meter, Christian Coleman, juga disenaraik­an ke dalam skuad selepas terselamat dari penggantun­gan dadah atas sebab teknikal.

Coleman berdepan risiko penggantun­gan selepas pemeriksa anti dadah gagal mengesan kedudukan beliau sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 bulan.

Namun dakwaan terhadap beliau ditarik balik atas sebab teknikal pada 2 September selepas Agensi Anti Dadah AS (USADA) menerima garis panduan tentang tempoh sebenar perkiraan 12 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia