Utusan Borneo (Sabah)

Mings, El Ghazi ‘hilang pertimbang­an’

-

BIRMINGHAM, England: Dua pemain Aston Villa, TyroneMing­sdanAnwarE­lGhazi bertengkar sesama sendiri sementara pemain pertahanan West Ham, Arthur Masuaku dibuang padang dalam insiden lain ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Mings dan El Ghazi hilang kesabaran mereka dalam separuh masa pertama perlawanan di Villa Park dan terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan selepas West Ham hampir membuka jaringan.

Kedua-dua pemain terselamat dari sebarang tindakan dari insidenitu­tetapiMasu­akutidak bernasibba­ikapabilad­iperintah meninggalk­an padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan selepas rehat.

Villa bagaimanap­un gagal mengambil sepenuh peluang dari kelebihan seorang pemain dan terpaksa akur dengan keputusan seri, yang pasti menambah perhatian kepada pergaduhan di antara Mings dan El Ghazi.

Mings, pemain pertahanan Villa, menghadang satu hantaran lintang yang beliau fikirkan boleh dikawal mudah oleh El Ghazi.

Ini menyebabka­n El Ghazi berang dengan kritikan rakan sepasukann­ya menyebabka­n kedua-dua pemain terpaksa dileraikan­olehrakans­epasukan mereka.

Pengadil perlawanan, Mike Dean, menggesa kedua-dua pemain untuk bertenang dan selepas memeriksa VAR, tiada sebarang kesalahan berlaku dan permainan diteruskan dengan pengurus Villa, Dean Smith, hanya mengeluh hairan di tepi padang.

Smith menegaskan pergaduhan itu tidak menyebabka­n sebarang perpecahan dalam skuad dan mendakwa ia diselesaik­an dengan cepat oleh pemainnya.

“Ia berlaku pada saat tegang. Saya tidak langsung bercakap dengan mereka pada masa rehat, ia sudah diselesaik­an lebih awal,” kata Smith.

“Sayamenjan­gkakanpema­in untuk menjaga diri mereka sendiri dan mengambil tanggungja­wab. Ada satu had di sini dan anda tidak harus melepasiny­a.Adasatukep­impinan yang baik dalam kumpulan, mereka menjaga diri mereka sendiri.”

West Ham kekal masih belum tewas sejak dibelasah Manchester City pada hari pertama liga musim ini dan keengganan merekauntu­kmengalahs­elepas kadmerahMa­suakuadala­hsatu hadiah ulang tahun kelahiran untuk pengurus kelab, Manuel Pellegrini, yang mencecah usia 66 tahun Isnin lepas.

“Kami bermain dengan 10 pemainsama­seperti11p­emain. Saya sangat gembira dengan personalit­i dan prestasi pasukan,” kata Pellegrini.

“Jika anda tidak dapat menang, jangan kalah. Kami bermain dengan sempurna.”

Villa memikirkan mereka telah membuka jaringan apabila rembatan John McGinn memasuki pintu gol tetapi gol beliau tidak dibenarkan pengadil selepas kekasaran ke atas Angelo Ogbonna.

Mereka mempunyai satu lagi peluang tetapi tandukan Wesley sedikit tinggi dari pintu gol.

Sebastian Haller menjaringk­an tiga gol dalam tiga perlawanan untuk West Ham sejak perpindaha­n dari Eintracht Frankfurt pada musim panas ini.

Tetapi beliau gagal menjaringk­an gol dengan satu tandukan beliau tersasar dari umpanan Felipe Anderson.

Pergaduhan Mings dan El Ghazi menunjukka­n kekecewaan Villa mencari gol pembukaan dan kekecewaan Mings semakin bertambah apabila cubaan beliau diselamatk­an penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Mings dan El Ghazi masih dikekalkan selepas rehat ketika Villa meningkatk­an asakan dan ia kelihatan tuah mungkin memihak kepada mereka apabila Masuaku dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan ekoran kekasaran ke atas Ahmed El Mohamady.

 ?? — Gambar AFP ?? TEGANG: El Ghazi (kiri) dan Mings bertikam lidah ketika perlawanan liga di Villa Park, Birmingham pada Isnin lepas.
— Gambar AFP TEGANG: El Ghazi (kiri) dan Mings bertikam lidah ketika perlawanan liga di Villa Park, Birmingham pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia