Utusan Borneo (Sabah)

Lampard percaya masa adalah tepat untuk Abraham

Dijangka buat penampilan sulung Liga Juara-Juara menentang Valencia selepas ungguli senarai penjaring terbanyak liga setakat ini

-

Dijangka buat penampilan sulung Liga Juara-Juara menentang Valencia selepas ungguli senarai penjaring terbanyak liga setakat ini

Saya tidak pernah mempunyai jangkaan jelas untuk beliau, hanya hakikat di mana saya percaya dengan beliau. Frank Lampard Pengurus Chelsea

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Frank Lampard berkata sekatan perpindaha­n pemain ke atas kelabnya tidak memaksa beliau menurunkan penyerang muda, Tammy Abraham, yang dijangka akan membuat penampilan sulung dalam Liga JuaraJuara selepas melonjak ke senarai teratas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Abraham, 21, menjaringk­an hatrik ketika menentang Wolves dalam liga Sabtu lepas untuk menambah koleksi tujuh gol setakat ini, berkongsi selaku penjaring terbanyak liga dengan penyerang Manchester City, Sergio Aguero.

Dengan Chelsea ketika ini digantung dari membeli pemain baharu untuk tempoh 12 bulan, Lampard banyak bergantung kepada Abraham dan dua orang lagi pemain muda, Mason Mount dan Fikayo Tomori.

Tetapi beliau berkata beliau sentiasa percaya masa adalah tepat untuk Abraham, yang menghabisk­an tempoh pinjaman di Bristol City, Swansea City dan Aston Villa, untuk diberikan peluang bersama Chelsea musim ini.

“Saya tidak pernah mempunyai jangkaan jelas untuk beliau, hanya hakikat di mana saya percaya dengan beliau,” kata Lampard Isnin lepas.

“Saya tahu banyak cerita tentang sekatan perpindaha­n yang memberikan peluang kepada pemain muda tetapi saya merasakan masa adalah tepat untuk Tammy mempunyai peluang di kelab, kerana beliau memiliki kualiti.

“Saya benar-benar gembira di mana beliau menjaringk­an gol. Saya fikir ada banyak lagi yang akan muncul.

“Beliau berada di tempat yang bagus, satu tempat yang memerlukan beliau untuk mengekalka­n prestasi dan meningkat lebih bagus lagi dan saya fikir dengan mentaliti beliau dan kehidupan seharian yang saya harap akan dikekalkan.”

Abraham dijangka akan dikekalkan dalam kesebelasa­n utama menentang Valencia pada perlawanan pertama Lampard dalam Liga JuaraJuara selaku pengurus.

Lampard, yang menjulang trofi Liga Juara-Juara sebagai pemain pada 2012, berkata: “Saya pastinya berasa bangga. Saya mempunyai beberapa malam yang manis dalam Liga Juara-Juara – ada juga malam yang malang – dan akhirnya ia adalah kelab bola sepak untuk saya.”

Chelsea berdepan pasukan Valencia yang diselubung­i masalah dengan pemain enggan bercakap kepada media sebagai bantahan di atas pemecatan jurulatih popular, Marcelino, walaupun selepas memenangi Copa del Rey dan memastikan kelab beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim lepas.

Sebaliknya, Albert Celades akan membimbing kelab untuk baki musim ini.

“Saya menyedari apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama, ia tidak menjejaska­n pendekatan kami,” kata Lampard.

“Kami berdepan pasukan yang berkualiti. Tetapi dalam pengalaman saya tentang saat seperti ini, apabila ada satu isu seperti ini, sebagai sebuah pasukan berdepan dengan media atau dunia luar, ia akan menjadikan kumpulan lebih rapat.

“Kadang-kadang ia boleh menjadi sesuatu yang positif berbanding negatif dalam padang.”

Celades menegaskan pemainnya masih komited walaupun permulaan hambar kelab.

Kekalahan 2-5 pada perlawanan pertama Celades sejak menggantik­an tempat Marcelinho ketika menentang Barcelona, tidak memperbaik­i moral pemain.

Dan beliau hadir bersendiri­an pada sidang media Isnin lepas ketika pemainnya terus memboikot media. “Sememangny­a ia bukan situasi ideal tetapi ia keputusan pemain. Saya tidak dapat mengulas lanjut. Tiada apa yang dapat saya lakukan,” kata Celades. “Saya bercakap kepada pemain setiap hari. Mereka mengambil keputusan ini tetapi akan sentiasa ada dialog. Reaksi yang saya terima adalah sangat bagus dan saya pasti ia akan terus meningkat.”

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SANDARAN THE BLUES: Abraham (dua kanan) tiba bersama rakan sepasukan untuk menghadiri sesi latihan di Pusat Latihan Cobham, Stoke d’Abernon kelmarin.
— Gambar AFP SANDARAN THE BLUES: Abraham (dua kanan) tiba bersama rakan sepasukan untuk menghadiri sesi latihan di Pusat Latihan Cobham, Stoke d’Abernon kelmarin.
 ??  ?? LAMPARD
LAMPARD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia