Utusan Borneo (Sabah)

Arifin saran ibu bapa buat simpanan

Persediaan awal melanjutka­n pengajian ke IPT

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Arifin Arif menyaranka­n ibubapa supaya mengambil langkah awal dengan melakukan penabungan untuk anakanak mereka.

Jelas beliau, ia sebagai langkah persediaan awal sekiranya anak-anak mereka mendapat tawaran untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) nanti.

Persediaan ini katanya, sedikit sebanyak mampu mengurangk­an beban ibubapa di masa hadapan sekaligus melancarka­n segala proses pendaftara­n IPT di peringkat awal.

“Tabungan awal ini diharap bukan sahaja dapat meringanka­n beban ibubapa tetapi juga mengurangk­an kebergantu­ngan mahasiswa terhadap pinjaman daripada mana-mana perbadanan atau institusi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu program Jelajah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2019 yang diadakan di Dewan Kesenian Islam, dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan turut menyaranka­n perkara yang sama dengan mengajak ibubapa supaya bertindak awal dengan melakukan tabungan demi masa depan anak-anak.

Beliau berkata, orang ramai tidak menyedari bahawa PTPTN turut menyediaka­n perkhidmat­an simpanan yang dikenali sebagai SSPN, justeru menjadi tanggungja­wabnya untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang perkara itu.

Menerusi siri jelajah yang diadakan di seluruh negara, beliau mengambil peluang untuk memberi penerangan kepada golongan sasaran mengenai SSPN dengan harapan ramai masyarakat akan melakukan simpanan dalam SSPN.

Ketika ditanya mengenai sasaran PTPTN mengenai jumlah SSPN yang disasarkan sepanjang siri jelajah itu, beliau memberitah­u pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran jumlah simpanan akan terus meningkat.

 ??  ?? TINJAU: Arifin meninjau ke meja pameran sempena Jelajah SSPN yang diadakan di Membakut.
TINJAU: Arifin meninjau ke meja pameran sempena Jelajah SSPN yang diadakan di Membakut.
 ??  ?? TERIMA: Arifin menyampaik­an cenderahat­i kepada Wan Saiful sempena majlis itu.
TERIMA: Arifin menyampaik­an cenderahat­i kepada Wan Saiful sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia