Utusan Borneo (Sabah)

Pemohon PPR Taman Kerongkom Jaya terima surat tawaran

- Oleh Yap Siong Han

KOTA MARUDU: Kesemua pemohon Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kerongkom Jaya di sini berjaya menerima surat tawaran PPR berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, penyerahan surat tawaran itu melibatkan 420 unit rumah pangsa yang telah dilaksanak­an pada 15 Disember 2014.

“PPR ini juga sudah mendapat Sijil Layak Menduduki (O.C) pada 17 Januari 2018 seterusnya diserahkan kepada Jabatan Perumahan Negara dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Julai 2018.

“Kesemua unit itu bernilai RM76,500,000 yang diperuntuk­kan oleh kerajaan bagi menyiapkan rumah berkenaan,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR), Taman Kerongkom Jaya, di sini semalam.

Beliau berkata, permohonan PPR berkenaan telah dibuka pada 1 Januari 2018 sehingga 26 September 2018 kepada rakyat Kota Marudu.

“Atas sebab permintaan daripada rakyat masih banyak maka permohonan PPR ini telah dibuka semula pada 1 Februari 2019 dan ditutup pada 29 Ogos 2019,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kementeria­n telah menerima permohonan PPR sebanyak 1,587 dalam berbagai kategori iaitu Berkeluarg­a Penuh, OKU, Setinggan, Warga Emas, Duda /Bapa Tunggal dan Ibu Tunggal.

Katanya, setelah melalui beberapa siri tapisan awal maka kementeria­n hanya boleh menempatka­n sebanyak 420 pemohon mengikut jumlah yang dibina untuk PPR tersebut berdasarka­n kriteria kelayakan sepertiman­a yang telah digariskan.

“Saya amat berharap supaya semua penerima rumah PPR ini dapat menghargai dan menjaga rumah ini dengan baik supaya semua penguni akan tinggal dalam keadaan yang selesa dan dalam jangka masa yang panjang,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Jaujan (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan
KENANGAN: Jaujan (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia