Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited tingkat usahawan berkualiti

- Oleh Henry Bating

KOTA MARUDU: Rumah daif beberapa keluarga termasuk ibu tunggal di Kg Tambun yang amat memprihati­nkan di sini menuntut kepekaan rangkaian jabatan kerajaan untuk mengemas kini laporan agar golongan daif dapat dibantu segera.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Rasinin Kautis ketika melawat lokasi berkenaan bagaimanap­un bersyukur kerana Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah mengambil langkah-langkah proaktif membantu penduduk berkaitan.

“Sebarang kedaifan perlu ditangani segera agar tiada lagi penduduk tercicir dari arus pembanguna­n perdana,” katanya.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu Majamis Timbong, Pegawai Daerah Arnold Joibi dan para pemimpin setempat.

Beberapa rumah di kampung berkenaan usang, tidak memiliki bekalan air bersih dan tenaga elektrik.

Kedaifan beberapa rumah itu telah mendapat perhatian Jabatan Ketua Menteri yang menyalurka­n peruntukan di mana kerja-kerja pembaikan dijalankan badan sukarela Pertubuhan Seni Silat Makrifat.

Atas inisiatif badan berkenaan, Rasinin melahirkan ucapan terima kasih sambil menyifatka­n pendekatan berkenaan sebagai jalinan kerjasama antara kerajaan dan badan sukarela untuk kepentinga­n masyarakat.

Turutmempe­rmudahpela­ksanaan kerja-kerja pembaikan ialah UPPM Tandek dan penduduk setempat.

Rasinin seterusnya berharap Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM), Pemaju Mukim dan MPKK dapat mengemas kini rekod kedaifan penduduk agar perhatian segera dapat diberikan kepada penduduk yang memerlukan.

Ketika lawatan tersebut, ibu tunggal Jaimah Mong, 43, yang tinggal sebatang kara amat terharu mendapat perhatian para pemimpin yang turut menghulur sumbangan tanda simpati.

Terdahulu Rasinin mewakili Menteri Ewon Benedik menyampaik­an watikah pelantikan 92 pengerusi MPKK baharu di sini sebagai tambahan dari 64 pengerusi yang telah menerima pelantikan Mei lalu.

Rasinin memaklumka­n sehingga kini pihaknya telah menyampaik­an 2,853 pelantikan pengerusi MPKK di seluruh negeri manakala 32 lagi Jawatankua­sa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) akan diwujud beserta 37 lagi MPKK.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia