Utusan Borneo (Sabah)

Baca Puisi Kala Bulan Mengambang semarakkan sastera

- Oleh ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN

SELEPAS mengharung­i pelayaran merentasi lautan, mengelilin­gi dunia dari Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Amerika Latin dan negara Eropah, penyair James Taling, pulang seketika ke tanahair.

Walaupun hampir 37 tahun menjadi pelaut, James tidak lupa minatnya terhadap seni sastera. Beliau menggunaka­n puisi untuk menyalurka­n fikiran dan perasaan dan kepekaanny­a terhadap realiti semasa.

Malam itu, 13 Oktober, beliau mengajak rakanrakan penyair dan penulis menjayakan

“Malam Baca Puisi Kala Bulan Mengambang bersama Tamu Istimewa James Taling” yang diadakan di Rumah Bahasa di Lorong 7, Taman Jumbo Petagas.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Datuk Haji Ismaily Bungsu. Presiden Bahasa dan Sastera Sabah, Datuk Jasni Matlani, Pengarah DBP Sabah, Puan Aminah Awang Basar turut berucap pada malam itu.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Pengembang­an Bahasa DBP, Dr Mohd Hanafi Ibrahim, pemenang SEA Write Award , SM Zakir, Ketua Satu IPS, Abd Naddin Haji Shaiddin, dan Captain Khairul Hasnul dari Negeri Sembilan, rakan James Taling dalam pelayaran sejak 20 tahun lalu.

Pembacaan puisi pada malam itu agak menarik. Kemunculan penulis Mahmud Jahar dengan gaya pembacaan tersendiri, Karim Gulam, Chacho Haji Mohama, SM Zakir,Nelson Dino,Yatim Ahmad, Darmata Haji Matlan, Siba Nita AS, Dr El Jumaidil, Duliam Suari, Sanudin Hasan, Eva Batrisya,Ony Latifah Osman,Abd Naddin Shaiddin dan beberapa nama lain turut menyemarak suasana.

JAMES TALING atau nama sebenarnya Mohamad Bin Taling@James lahir pada 23 September 1959 di Kampung Sungai Kayu,Sandakan. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Sungai Kayu dan berpindah ke SRK Berhala Darat,kemudian ke SMK Sung Siew Sandakan.

Beliau mula menceburka­n diri dalam bidang teater pada tahun 1978 dan antara pelakon utama drama AJUNG yang menjuarai Pertanding­an Drama Peringkat Negeri Sabah pada tahun 1980 dibawah arahan Osman Nasroh.

Beliau terpilih mewakili Negeri Sabah mengikuti bengkel lakonan peringkat kebangsaan zon Sabah/ Sarawak pada tahun 1981 di Kuching Sarawak. Beliau pernah menjadi juara pertanding­an deklamasi puisi di Sandakan dan mendapat jolokan pendeklama­tor yang paling berani mendeklama­sikan puisi kritikan sosial yang panas ketika itu.

Beliau mula meminati bidang sastera dan menulis dalam genre puisi pada tahun 1982.Puisi beliau yang pertama bertajuk KEJAM tersiar di akhbar Sabah Times pada 23 November 1982. Beliau juga menjadi wartawan untuk akhbar Ssbah Times pada tahun 1995 dan pernah berkhimat sebagai pegawai akhbar kepada Datuk Aklee Haji Abbas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah ketika itu.

Buku kumpulan puisi beliau yang berjudul Aku Nak Jadi Perdana Menteri diterbitka­n pada tahun 2018 dan dilancarka­n oleh Datuk Zainal Borhan Ketua 2 GAPENA. Buku kumpulan puisi Kerajaan itu Milik Rakyat ini merupakan buku kumpulan puisi beliau yang kedua.

Beliau kini merupakan ahli Badan Bahasa Dan Sastera Sabah (BAHASA) dan bekerja sebagai seorang Pelaut MISC yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.Kini beliau bertugas di beberapa lokasi perjalanan kapal antaranya di Texas,Houston Amerika Syarikat,Caribean Island,Mexico dan Venezuela.

Majlis Baca Puisi Kala Bulan Mengambang itu adalah satu program yang amat baik dan mampu menyemarak­kan lagi dunia sastera tanah air.

 ??  ??
 ??  ?? ISTIMEWA: Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani bersama sebahagian hadirin.
ISTIMEWA: Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani bersama sebahagian hadirin.
 ??  ?? BERI SOKONGAN: Pengarah DBP Sabah, Puan Aminah Awang Basar turut hadir memeriahka­n majlis.
BERI SOKONGAN: Pengarah DBP Sabah, Puan Aminah Awang Basar turut hadir memeriahka­n majlis.
 ??  ??
 ??  ?? PERASMI: Datuk Haji Ismaily Bungsu ketika merasmikan majlis itu.
PERASMI: Datuk Haji Ismaily Bungsu ketika merasmikan majlis itu.
 ??  ?? TURUT BACA PUISI: Penulis Darmata Haji Matlan meyampaika­n puisi beliau.
TURUT BACA PUISI: Penulis Darmata Haji Matlan meyampaika­n puisi beliau.
 ??  ?? GAYA TERSENDIRI: James Taling membaca puisi dengan gaya tersendiri.
GAYA TERSENDIRI: James Taling membaca puisi dengan gaya tersendiri.
 ??  ?? BACA PUISI: .Haji Siba Nita AS menyampaik­an puisi.
BACA PUISI: .Haji Siba Nita AS menyampaik­an puisi.
 ??  ?? GAYA TERSENDIRI: Penyair Mahmud Jahar membacakan puisi.
GAYA TERSENDIRI: Penyair Mahmud Jahar membacakan puisi.
 ??  ?? ADAKAN PERSEMBAHA­N: Capt Khairul Hasnul menyampaik­an lagu Biarkan Bulan Bicara.
ADAKAN PERSEMBAHA­N: Capt Khairul Hasnul menyampaik­an lagu Biarkan Bulan Bicara.
 ??  ?? TAMU ISTIMEWA: Pemenang SEA Write Award, SM Zakir menyampaik­an puisi.
TAMU ISTIMEWA: Pemenang SEA Write Award, SM Zakir menyampaik­an puisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia