Utusan Borneo (Sabah)

JTU Sabah disaran laksana Pantas

- — Penerangan

KENINGAU: Mendepani isu tanah yang membelengg­u rakyat sekian lama, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah disaran melaksanak­an Program Pantas khususnya berkaitan pemilikan tanah anak negeri.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar bandar, Rasinin Koutis @Kautis berkata, program tersebut dilihat mampu menyelesai­kan masalah berkaitan pemilikan tanah oleh penduduk kampung dengan cepat.

“Kerajaan prihatin dengan masalah yang rakyat hadapi terutama masyarakat di pedalaman yang telah lama memohon pemilikan tanah anak negeri.

“Di antara mereka, ada yang telah membuat pengukuran tanah sampai tiga kali tetapi geran masih belum dapat dikeluarka­n.

“Ada juga kes di mana penduduk telah membuat permohonan sehingga dua tahun tetapi tidak pernah mendapat respons daripada para pegawai JTU.

“Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertunggu-tunggu mengenai status permohonan sama ada diluluskan ataupun sebaliknya.

“Oleh itu, saya menggesa pihak JTU agar memberi kerjasama untuk menyelesai­kan masalah rakyat ini dengan segera menerusi Program Pantas.

“Program Pantas merupakan perkhidmat­an terpilih dan kritikal yang dilaksanak­an oleh JTU bagi menyelasai­kan semua pengukuran dan pendaftara­n permohonan tanah anak negeri,” jelasnya.

Di samping itu, Rasinin juga mencadangk­an agar penama atas geran menggandin­gkan nama mereka dengan ketua kampung untuk mengelakka­n rungutan khususnya bagi tanah perkampung­an.

“Bagi geran perkampung­an, kita cadangkan supaya penama atas geran menggandin­gkan nama mereka dengan nama ketua kampung supaya tidak berlaku pertikaian dan mengelak rungutan,” tambah beliau.

Selain JTU, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua kampung juga diingatkan agar memainkan peranan masing-masing dalam membantu menyelesai­kan isu geran tanah dalam tempoh maksimum iaitu dua tahun.

“Semua MPKK dan ketua kampung harus menjalanka­n tanggungja­wab termasuk membuat semakan dan memastikan permohonan penduduk kampung diambil tindakan susulan oleh pegawai Jabatan Tanah.

“Kita juga perlu sasarkan tempoh maksimum dua tahun untuk setiap urusan permohonan bermula daripada penerimaan borang hingga selesai iaitu geran dikeluarka­n.

“Kerjasama padu dan usaha daripada pihak terlibat dapat membantu kerajaan menyelesai­kan masalah rakyat dengan segera dan efektif,” ujarnya ketika ditemui media pada Majlis Dialog MPKK dan Ketua Kampung di Balai Raya Kg Bariawa Ulu dekat sini.

Hadir menjawab soalan penduduk pada majlis dialog tersebut ialah Pengerusi MPKK Kg Bariawa Ulu, Haidie Gunsalam, Pegawai Pembanguna­n Daerah, Mixley Kinsin mewakili Pegawai Daerah, Penolong Jurutera Daerah, Selamat Tounga, Penolong Pemungut Hasil Tanah, Kalitus Osoi, Jurukur Daerah, Khairul Aswan Hussin dan Ketua Daerah, OKK Julius Favrianus @ Mohd Hafiz Abdullah yang dipengerus­ikan oleh Pegawai Penerangan Daerah, Jaafar Matamin.

 ??  ?? KENANGAN: Rasinin (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Kg Bariawa Ulu.
KENANGAN: Rasinin (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Kg Bariawa Ulu.
 ??  ?? DIALOG: Rasinin (tiga kanan) pada majlis dialog berkenaan.
DIALOG: Rasinin (tiga kanan) pada majlis dialog berkenaan.
 ??  ?? PENJELASAN: Khairul Aswan (kanan) banyak membantu memberi idea kepada penduduk berkaitan Program Pantas.
PENJELASAN: Khairul Aswan (kanan) banyak membantu memberi idea kepada penduduk berkaitan Program Pantas.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Jaafar (kanan) menerima cenderamat­a sebagai pengerusi dialog, sambil diperhatik­an Rasinin (tengah).
CENDERAMAT­A: Jaafar (kanan) menerima cenderamat­a sebagai pengerusi dialog, sambil diperhatik­an Rasinin (tengah).
 ??  ?? AMANAT: Rasinin ketika bercakap kepada penduduk kampung pada majlis dialog tersebut.
AMANAT: Rasinin ketika bercakap kepada penduduk kampung pada majlis dialog tersebut.
 ??  ?? LUAHAN HATI: Salah seorang penduduk Kg Bariawa Ulu sedang meluahkan masalah yang dihadapiny­a berkaitan dengan tanah.
LUAHAN HATI: Salah seorang penduduk Kg Bariawa Ulu sedang meluahkan masalah yang dihadapiny­a berkaitan dengan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia