Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited tingkat usahawan berkualiti RM320 ribu bantuan pembanguna­n enam koperasi, terlibat peruncitan dan pemboronga­n

- LAWAT: Gambar Madius melawat gerai pameran dan jualan produk.

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) menyampaik­an bantuan pembanguna­n bernilai RM320,000 kepada enam koperasi di Sabah.

Bantuan tersebut diberikan kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam bidang peruncitan dan pemboronga­n untuk membantu membiayai kos pembinaan dan operasi kedai.

Penerima bantuan tersebut ialah Koperasi Keluarga Bagudat Said Semporna Bhd sebanyak RM100,000, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya Bhd RM80,000, Koperasi Wanita Dinazang Inovatif Kudat Berhad RM60,000, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas Berhad RM30,000, Koperasi Kampung Luanti Baru Keningau Berhad RM30,000 dan Koperasi Sekolah Menengah St. Francis Convent Kota Kinabalu Berhad RM20,000.

Sumbangan disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Majlis Perasmian Satu Daerah Satu Industri (SDSI) anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan di sini, kelmarin.

Shafie dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Madius berkata, kerajaan komited meningkatk­an bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif, selain memperting­katkan keupayaan usahawan tempatan dan industri kecil dan sederhana (PKS).

“Di Sabah jumlah koperasi yang telah berdaftar dengan SKM terus meningkat daripada 1,150 buah koperasi pada tahun 2014 kepada 1,524 buah pada tahun 2018 dengan keanggotaa­n seramai 302,513 orang.

“Manakala modal syer koperasi berjumlah RM189 juta dengan aset bernilai RM890 juta.

“Pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh gerakan koperasi amat perlu diperkasak­an.

“Konsep kerjasama dalam berkoperas­i menjadi tunjang kepada penyatuan rakyat pelbagai kaum merentasi sempadan agama, bangsa dan perbezaan ideologi.

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada rakyat Sabah supaya menggerakk­an lagi peranan koperasi agar lebih agresif dan berdaya saing untuk menghadapi cabaran global yang memerlukan daya tahan di samping mampu melaksanak­an transforma­si sekaligus dapat meningkatk­an imej, visibility serta keyakinan masyarakat terhadap koperasi,” jelasnya.

Tambah Shafie, kerjaan akan terus memberikan sokongan dan komitmen terhadap apa jua inisiatif bagi membudayak­an keusahawan­an.

Apa yang penting ujarnya, usaha berkenaan perlu disusuli dengan perancanga­n rapi dan tindakan yang berkesan untuk dimanfaatk­an sepenuhnya demi kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Wira DR Mohd Hatta Md Ramli, Setiausaha Persekutan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. — Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Penerima-penerima bantuan pembanguna­n merakamkan gambar bersama Madius (lima kiri).
KENANGAN: Penerima-penerima bantuan pembanguna­n merakamkan gambar bersama Madius (lima kiri).
 ??  ?? SERAH: Madius (tiga kiri) menyampaik­an replika cek bantuan pembanguna­n RM100,000 kepada Koperasi Keluarga Bagudat Said Semporna Berhad.
SERAH: Madius (tiga kiri) menyampaik­an replika cek bantuan pembanguna­n RM100,000 kepada Koperasi Keluarga Bagudat Said Semporna Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia