Utusan Borneo (Sabah)

Mengukuhka­n undang-undang: Peranan dan mekanisme parlimen serta sumbangan kerjasama serantau

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Malaysia komited terhadap peranannya sebagai pemain global dalam menyumbang ke arah peningkata­n kesejahter­aan dalam prinsip undang-undang antarabang­sa, penyatuan konsensus antarabang­sa, penubuhan akauntabil­iti negara dalam tindakan mereka dan fasilitasi penyelesai­an pertikaian yang damai.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, Malaysia juga merupakan pemain berdaulat dan serantau yang aktif serta relevan dalam proses membuat perjanjian pelbagai hala.

Katanya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu juga menandakan titik perubahan demokrasi progresif di mana sebuah kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan dibentuk.

“Selepas pilihanray­a itu, dilaporkan 40 peratus pemilih adalah golongan muda berusia 21 hingga 39 tahun.

“Ini juga memperliha­tkan peningkata­n dalam kuasa politik belia yang menandakan bahawa kematangan penduduk yang lebih muda dan kesediaan kita untuk menyumbang kepada masa depan negara.

“Oleh itu, penyertaan belia berpotensi untuk mempengaru­hi secara positif dasar negara dan adegan politik Malaysia dalam dekad yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mewakili Malaysia di Perhimpuna­n Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan Mesyuarat Berkenaan di Belgrade, Serbia.

Vivian dipilih mewakili Malaysia ke mesyuarat itu selaku Ahli Parlimen muda dan Ahli Parlimen Wanita.

Katanya, peluang dan penghormat­an yang diberikan kepadanya mewakili Malaysia selaku ahli parlimen muda dan baharu dipilih pada Mei lepas juga sebagai pembuka mata kepadanya menyuaraka­n aspirasi belia di peringkat global.

Sementara itu, katanya, seperti dilaporkan oleh Kesatuan Antara Parlimen, ahli parlimen di bawah umur 30 tahun di peringkat global juga hanya meningkat 0.3 peratusan mata sejak 2016.

Keseluruha­nnya, golongan muda di bawah usia 30 tahun hanya membentuk 2.2 peratus daripada 45,000 ahli parlimen di dunia.

Oleh itu, kerajaan harus mempunyai langkah penting di parlimen dalam memperkasa­kan dan mengiktira­f belia sebagai atau ke dalam badan pembuat dasar.

“Ketika ini, 20 daripada 222 ahli ahli parlimen di Malaysia berusia di bawah 40 tahun dan tiga orang ahli parlimen berusia 30 tahun termasuk saya sendiri,” katanya.

Sejajar dengan fenomena global, sesi Parlimen Malaysia pada Julai juga telah meluluskan dua rang undangunda­ng mengenai belia yang berkaitan dengan memperkasa penyertaan belia dalam pembanguna­n negara.

Ini termasuk mentakrifk­an umur untuk belia adalah 18 hingga 30 dan menurunkan usia pengundian dari 21 kepada 18 tahun.

Vivian juga hampir mengakhiri usia belia di tahun pertama menjadi ahli parlimen pada tahun ini.

Sementara itu, menerusi ucapan berkenaan lagi, Vivian berkata, penyertaan belia dalam kepemimpin­an dan peranan mereka juga adalah sangat penting untuk mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) secara keseluruha­n dan khusus untuk lapam sasaran, iaitu untuk mengurangk­an kadar belia yang tidak bekerja, pendidikan atau latihan (NEET).

Katanya, penyertaan dalam membuat dasar, strategi dan campur tangan adalah penting.

Ini kerana 51 peratus penduduk dunia berada di bawah 30 tahun, tetapi hanya dua peratus sahaja adalah anggota parlimen dan untuk itu sasaran perwakilan belia mesti diperbaiki.

Mengambil kira pendekatan yang tidak konvension­al kepada pembuatan dasar seiring dengan kepelbagai­an dunia.

Sementara itu, Vivian juga bangga Malaysia mengambil langkah agresif memperkasa generasi muda.

Katanya, seperti yang dapat kita lihat, peruntukka­n juga diberikan untuk program pembanguna­n belia dibawah Belanjawan 2020 yang baru sahaja dibentangk­an Menteri Kewangan Malaysia pada Jumaat minggu lepas.

Malaysia juga katanya telah memecahkan rekodnya apabila Menteri Belia dan Sukan Malaysia merupakan seorang anak muda berusia 25 tahun pada 2018.

Manakala Vivian sendiri yang berasal dari Sabah juga memecahkan rekod dilantik sebagai Ahli Parlimen termuda dan diikuti Menteri Belia dan Sukan Sabah termuda yang dilantik, Ginger Phoong yang berusia 30 tahun pada tahun ini.

“Seperti Puan Pengerusi IPU katakan, belia bukan masa depan kita tetapi masa kini,” tambahnya.

Mewakili orang muda ke IPU di Serbia itu, Vivian juga berharap ahli IPU akan memperuntu­kkan lebih masa untuk belia atau orang muda yang mempunyai banyak idea dan aspirasi untuk dikongsika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia