Utusan Borneo (Sabah)

Warga Kota Belud teruja sambut konvoi motosikal berkuasa tinggi

- PRIHATIN: Toh Puan Norlidah turut menyampaik­an sumbangan pada program tersebut.

KOTA BELUD: Warga Kota Belud teruja menyambut konvoi 150 motosikal berkuasa tinggi, kata Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah.

Dalam ucapannya di Dataran Kota Belud, pagi kelmarin beliau berkata, keterujaan menyambut konvoi tersebut dizahirkan dengan mengadakan pelbagai persiapan yang terbaik supaya sambutan tersebut berjalan dengan lancar.

“Antaranya ialah dengan membuat raptai persembaha­n pementasan pada malam sebelumnya sehingga jam 10 malam bagi memastikan program yang dinanti-nantikan ini tidak mengalami sebarang masalah.

“Oleh itu, diharap juga acara sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-66 Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ini akan memilih daerah Kota Belud sebagai destinasi konvoi tersebut sekali lagi pada masa hadapan,” ujarnya.

Acara konvoi bermotosik­al yang julung kali diadakan itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jaujan Sambakong dan Presiden Wings Motor Geng Society (WMGS), Datuk Ahmad Azhar Othman @ Awie.

Turut diadakan, acara penyampaia­n sumbangan oleh Yayasan Tun Juhar kepada 150 penerima yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Selain itu, Tun Juhar juga turut menyampaik­an sumbangan kepada seramai tujuh mangsa kebakaran dari Kampung Kamalaan Sarang, Kota Belud.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 7 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen 169 Kota Belud, Isnaraissa­h Munirah Majilis.-Penerangan.

 ??  ??
 ??  ?? POTONG KEK: Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan Norlidah (dua kanan) semasa acara memotong kek hari jadi.
POTONG KEK: Tun Juhar (tengah) dan Toh Puan Norlidah (dua kanan) semasa acara memotong kek hari jadi.
 ??  ?? MESRA: Tun Juhar beramah mesra dan menyampaik­an sumbangan kepada golongan OKU.
MESRA: Tun Juhar beramah mesra dan menyampaik­an sumbangan kepada golongan OKU.
 ?? SERTAI: Tun Juhar sewaktu menunggang motosikal pada konvoi tersebut. ??
SERTAI: Tun Juhar sewaktu menunggang motosikal pada konvoi tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia