Utusan Borneo (Sabah)

400 pelajar jayakan Program Diskusi Raja Berperlemb­agaan

-

LABUAN: Kira-kira 400 pelajar menjayakan Program Diskusi Raja Berperlemb­agaan yang diadakan di Dewan Utama Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), kelmarin.

Mereka terdiri daripada mahasiswa UMSKAL dan pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan.

Program anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Labuan itu dirasmikan pengarahny­a, Supian Musa yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Mohd Sukari Abd Hamid.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Dr Murnizam Haji Halik.

Turut hadir wakil Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Wahidah Abdullah.

Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, Prof Madya Dr Mohd Azri Ibrahim diundang selaku pakar rujuk manakala Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Isa Jasin bertindak sebagai moderator.

Ahli panel pula terdiri daripada pemimpin Majlis Belia Labuan (MBL) dan mahasiswa UMSKAL.

Menurut Supian, Wilayah Persekutua­n Labuan sangat bertuah kerana dipilih antara empat negeri yang menganjurk­an program tersebut di samping Melaka, Kuala Lumpur dan Pahang.

Katanya, program yang julung kalinya diadakan itu membincang­kan tajuk ‘Jati Diri Bangsa Malaysia menyuburka­n Demokrasi Berparlime­n dan Penyatuan Kaum Teras Negara Bangsa’.

Tambah beliau, antara tujuan program itu diadakan adalah untuk melihat corak pemikiran pemimpin masa depan negara dengan melihat sejauh mana pandangan, harapan dan keyakinan belia dan pelajar IPTA terhadap Sistem Raja Berperlemb­agaan dan Demokrasi Berparlime­n.

“Melalui program Diskusi Raja Berperlemb­agaan anjuran Jabatan Penerangan WP Labuan ini, kita berharap akan dapat memupuk dan menyemai semangat positif kepada golongan belia dan pelajar terhadap Sistem Raja Berperlemb­agaan dan Demokrasi Berparlime­n di negara ini khususnya di Labuan,” katanya.

Supian juga yakin golongan muda akan mampu untuk mengubah destinasi kehidupan untuk memajukan keluarga, organisasi dan negara.

“Semangat yang kental, berani, berkreativ­iti dan berinovasi tinggi boleh mengubah corak kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Prof Dr Murnizam mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Labuan kerana sudi memilih UMSKAL sebagai venue utama program tersebut dan akan terus memberikan kerjasama kepada Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan yang lain untuk menganjurk­an pelbagai program yang memberi manfaat kepada mahasiswa.

“UMSKAL akan terus bekerjasam­a dengan agensi kerajaan untuk menganjurk­an pelbagai program yang memberi manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat setempat,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Supian (lima kanan), Zamri (empat kiri), Mohd Azri (empat kanan), Mohd Isa (tiga kiri) dan Wahidah (tiga kanan) bersama ahli panel dari Majlis Belia Labuan.
PENGHARGAA­N: Supian (lima kanan), Zamri (empat kiri), Mohd Azri (empat kanan), Mohd Isa (tiga kiri) dan Wahidah (tiga kanan) bersama ahli panel dari Majlis Belia Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia