Utusan Borneo (Sabah)

Murid prasekolah SK Pekan Satu gembira kenali spesies burung

-

LABUAN: Seramai 50 murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Burung Labuan, baru-baru ini.

Rombongan ini disertai oleh 5 guru, 2 Pembantu Pengurusan Murid dan Pengerusi Permuafaka­tan Waris Prasekolah, Isyamuddin Nordin.

Murid dan guru bertolak pada jam 8 pagi dengan menggunaka­n 3 bas daripada Jabatan Pendidikan Labuan.

Sebelum ke Taman Burung, rombongan ini singgah dahulu ke Muzium Chimney. Di sini murid-murid dapat mengetahui sejarah pembinaan chimney dan secara tidak langsung mengenal Chimney sebagai salah satu mercu tanda sejarah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pada jam 9 pagi rombongan bergerak ke Taman Burung Labuan. Di Taman Burung murid-murid dapat mengenal dan melihat dengan lebih dekat lagi berbagai-bagai jenis burung dan mengenal habitatnya.

Program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid prasekolah mengenai dunia luar untuk menyuntik pengalaman serta keseronoka­n dalam kalangan murid prasekolah yang berada dalam peralihan dunia kanak-kanak ke alam persekolah­an sekolah rendah contohnya lawatan ke taman burung mendedahka­n murid prasekolah dengan kepelbagia­n jenis burung.

Pengalaman ini sudah pastinya menyuntik semangat serta keseronoka­n dan kegembiraa­n di kalangan jiwa serta minda murid prasekolah.

Manakala lawatan ke Muzium Chimney mendedahka­n murid prasekolah dengan pelbagai artifak yang tidak pernah dilihat oleh murid prasekolah sebelum ini.

Pengalaman ini bukan sahaja menambahka­n keseronoka­n malah menyuntik pengetahua­n am dalam kalangan murid prasekolah dalam aspek sejarah khususnya.

Program seperti ini merupakan kolaborati­f perkembang­an minda serta tingkah laku murid prasekolah yang dapat membantu perkembang­an murid.

Semoga program seperti ini dapat memberikan manfaat serta membantu perkembang­an mental dan fizikal murid agar lebih cergas, aktif dan bijaksana.

Syabas dan tahniah juga kepada semua guru prasekolah yang terlibat dalam melaksanak­an program ini. Semoga program seperti dapat diteruskan pada masa akan datang dalam menyokong perkembang­an minda murid prasekolah.

Ketua rombongan, Noraini Haji Mohd Salleh mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program ini terutamany­a pihak Muzium Chimney, Taman Burung Labuan, guru-guru, pembantu pengurusan murid dan Pengerusi Permuafaka­tan Waris Prasekolah SKPS serta Jabatan Pendidikan Labuan.

 ??  ?? SERONOK: Murid prasekolah SKPS di hadapan pintu gerbang Taman Burung Labuan.
SERONOK: Murid prasekolah SKPS di hadapan pintu gerbang Taman Burung Labuan.
 ??  ?? BERSAMA: Dari kanan Megawati Yassin, Delaila Abd Rahman, Sharifah Aimi Hamizah Wan Abdul Hamid, Isyamuddin Nordin, (Pengerusi waris Prasekolah), Syagnizah Watti Hashim dan Farah Ismahani Abdullah bergambar bersama murid-murid prasekolah.
BERSAMA: Dari kanan Megawati Yassin, Delaila Abd Rahman, Sharifah Aimi Hamizah Wan Abdul Hamid, Isyamuddin Nordin, (Pengerusi waris Prasekolah), Syagnizah Watti Hashim dan Farah Ismahani Abdullah bergambar bersama murid-murid prasekolah.
 ??  ?? PERTAMA KALI: Barang-barang lama yang dijumpai di kawasan sekitar Chimney Labuan.
PERTAMA KALI: Barang-barang lama yang dijumpai di kawasan sekitar Chimney Labuan.
 ??  ?? TERUJA: Murid prasekolah teruja melihat peralatan pada zaman dahulu.
TERUJA: Murid prasekolah teruja melihat peralatan pada zaman dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia