Utusan Borneo (Sabah)

MOJO inisiatif KKMM untuk salurkan berita dengan pantas dan sahih kepada warganet

-

KOTA KINABALU: Kewartawan­an Peranti (MOJO) merupakan inisiatif Kementeria­n Komunikasi Multimedia (KKMM) dalam menyalurka­n berita secara pantas dan sahih sekali gus membendung penyebaran berita palsu.

Menurut Eksekutif Editorial, Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Jailani Hasan, MOJO merupakan suatu pengetahua­n baharu yang mengajak pengamal media ke arah media konvergen.

“DiMalaysia,MOJOadalah satu pendekatan baharu yang perlu diterapkan khususnya kepada kakitangan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi Malaysia (KKMM) dalam penghasila­n berita yang menarik dan pantas.

“Hal ini kerana, terdapat segelintir masyarakat yang gemar menjadi penyampai tanpa menyelidik kesahihan sesuatu isu dan ditularkan di media sosial lebih laju dari pengamal media.

“Kewartawan­an peranti menjadi inisiatif menangani masalah ini dengan membekalka­n para wartawan dengan kemahiran menggunaka­n telefon pintar dan sokongan beberapa gajet lain dalam pembuatan video dan berita yang boleh disalurkan terus kepada masyarakat,” jelasnya.

Beliau menambah kaedah tersebut telah lama digunakan oleh pengamal media antarabang­sa dan kini tiba masa pengamal media Malaysia membiasaka­n diri dalam proses pemberitaa­n yang baharu serta memantapka­n kemahiran menggunaka­n peranti terkini.

Sementara itu, Pegawai Penerangan di Unit IT Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Dayang Norsuria Salleh berkata, kewartawan­an peranti meringkask­an aliran kerja wartawan.

“Berita dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih cepat dengan ilmu MOJO, kerana penyunting­an boleh dibuat secara terus menggunaka­n telefon pintar tanpa perlu menunggu sampai ke pejabat terlebih dahulu.

“Ia sangat relevan untuk dipraktikk­an atas cabaran teknologi dan media massa masa kini. Tambahan pula, agensi di bawah KKMM diiktiraf sebagai sumber yang sahih.

“Penyampaia­n yang pantas semestinya akan membantu menghindar­i penyebaran berita palsu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Akademik, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Nordin Sulaiman berkata, ilmu MOJO perlu diaplikasi oleh kakitangan KKMM khususnya RTM demi menyampaik­an berita secara pantas.

“Ia merupakan hasrat kementeria­n agar para wartawan dan pengamal media dibekalkan dengan ilmu MOJO bagi memenuhi perkembang­an era digital di mana laporan yang pantas dinantikan oleh masyarakat.

“Melalui kursus MOJO yang dilaksanak­an IPPTAR, kakitangan RTM dan agensi di bawah KKMM berpeluang menimba ilmu dari penceramah yang pakar mengenai teknik mengambil video menggunaka­n telefon pintar, penyunting­an video, memasukkan audio dan seterusnya boleh disalurkan terus dalam bentuk berita,” katanya.

Tambah beliau, IPPTAR komited dalam melatih lebih ramai kakitangan KKMM yang belum berpeluang mengikuti kursus MOJO pada tahun hadapan dan kursus susulan bagi penerapan ilmu MOJO yang lebih mendalam juga akan dilaksanak­an.

Seramai 27 kakitangan dari jabatan serta agensi di bawah KKMM Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan mengambil bahagian dalam kursus MOJO yang diadakan selama tiga hari bermula 15 Oktober lepas di Kompleks Bersepadu KKMM, Kota Kinabalu.-Penerangan.

 ??  ?? KENANGAN: Para peserta kursus merakamkan gambar kenangan selepas kursus berakhir yang turut dihadiri Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (duduk, tengah).
KENANGAN: Para peserta kursus merakamkan gambar kenangan selepas kursus berakhir yang turut dihadiri Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (duduk, tengah).
 ??  ?? TAHNIAH: Dayang (kiri) menerima sijil penyertaan kursus MOJO dari Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (tiga kanan).
TAHNIAH: Dayang (kiri) menerima sijil penyertaan kursus MOJO dari Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (tiga kanan).
 ??  ?? TERIMA KASIH: Penceramah, Zamri Mohamad (kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (dua kanan).
TERIMA KASIH: Penceramah, Zamri Mohamad (kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengarah RTM Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi (dua kanan).
 ??  ?? KREATIF: Jailani (kiri) menerima hadiah dari Nordin (tengah) sebagai antara kumpulan dengan video terbaik.
KREATIF: Jailani (kiri) menerima hadiah dari Nordin (tengah) sebagai antara kumpulan dengan video terbaik.
 ??  ?? BERUCAP: Nordin ketika menyampaik­an ucapan.
BERUCAP: Nordin ketika menyampaik­an ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia