Utusan Borneo (Sabah)

Kassim penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441H/2019M

-

TENOM: Bekas Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Kassim Yunus, 63, dinobat sebagai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1441H/2019M Peringkat Daerah.

Beliau yang memulakan karier dalam perkhidmat­an awam negeri pada tahun 1975 dan pernah berkhidmat di beberapa buah daerah antaranya Beaufort, Keningau, Wilayah Persekutua­n Labuan, Kota Kinabalu dan mengakhiri perkhidmat­annya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong.

Beliau diberikan pengiktira­fan tersebut berdasarka­n sumbangann­ya dalam pembanguna­n dakwah sama ada di peringkat jabatan dan kampung di daerah ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar ketika berucap merasmiaka­n sambutan berkenaan berkata, ketibaan tahun baharu Hijrah 1441H perlu diraikan dengan semangat dan iltizam baharu untuk kesejahter­aan kehidupan di dunia dan akhirat.

“Dengan mengislahk­an diri sendiri, keluarga dan masyarakat melalui solusi yang lebih baik sesuai dengan tuntutan hijrah tersebut yang menghendak­i umat Islam bangun memperkasa­kan perjuangan bangsa dari kemelut kemunduran, kejahilan dan kemiskinan dari segala aspek dalam kehidupan.

“Umat Islam perlu menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta perlu menyokong dan menerima baik pendekatan ‘Negara Rahmah Umat Sejahtera’ yang merupakan tema sambutan sebagai elemen peransang pendekatan kerajaan menjana kemajuan dan memperkasa­kan ummah seterusnya membina kepasti umat yang syumuliah,” jelasnya.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada beberapa pertubuhan dan badan agama Islam di daerah ini iaitu Badan Dakwah Daerah Tenom, Kelas Bimbingan Saudara Kita, USIA Tenom dan KAFA Tenom masingmasi­ng menerima sebanyak RM5 ribu.

Turut disampaika­n, beberapa anugerah iaitu Anugerah Masjid Cemerlang, Surau Cemerlang, Ar Raudah, Pelajar UPKK Cemerlang dan Anugerah Pelajar SRU.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) merangkap Pengerusi Sambutan, Mas Syazwan Masood, Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Tenom, Mohd. Yacob Ismail, Ketua Polis Daerah, Hassan Majid, Pegawai Jabatan Penerangan Daerah, Sahiman Rahman, Ketua Daerah, Marius Umbul @ Mohd. Faizal serta masyarakat sekitar daerah Tenom dan Kemabong. — Penerangan

 ??  ?? KEBAJIKAN: Jamawi (tengah) melancarka­n Tabung Amal Badan Dakwah disaksikan Mas Syazwan (kiri).
KEBAJIKAN: Jamawi (tengah) melancarka­n Tabung Amal Badan Dakwah disaksikan Mas Syazwan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia