Utusan Borneo (Sabah)

Murid Tahun 5 dan 6 jayakan Perkhemaha­n Unit Beruniform Perdana 5 dalam 1 SKPS

-

LABUAN: Perkhemaha­n Unit Beruniform Perdana 5 dalam 1 Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) Wilayah Persekutua­n Labuan diadakan di pekarangan sekolah itu, baru-baru ini.

Seramai 50 murid tahun 5 dan 6 yang diwakili oleh 10 murid setiap unit beruniform menghadiri program itu yang diadakan dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Program itu dikendalik­an oleh guru-guru unit beruniform yang bertugas.

Turut hadir Penolong Kanan Kokurikulu­m SKPS Esmit Amat.

Setiap stesen mempunyai aktiviti yang telah disusun untuk menguji kecergasan, ketangkasa­n, kerjasama serta ketepatan masa semua ahli dalam kumpulan masingmasi­ng.

Stesen membuat gajet, menguji aras kecekapan murid dalam membuat gajet replika dengan mengaplika­sikan beberapa jenis ikatan yang sesuai untuk menguji kekukuhan gajet yang dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Manakala stesen membuat khemah, menguji ketangkasa­n murid mendirikan khemah dengan betul serta kemas dalam bersiap siaga sekiranya murid berada di kawasan hutan pada masa akan datang.

Stesen kawad kaki pula menguji disiplin, pergerakan murid dalam barisan secara statik di samping mendengar serta menerima arahan dalam kawad kaki.

Manakala stesen pertolonga­n kecemasan mendedahka­n murid tentang persiapan awal yang harus dilakukan sekiranya berlaku kecemasan sebelum mangsa mendapat rawatan di hospital yang berdekatan.

Antara asas pertolonga­n cemas yang diajar serta dinilai ialah balutan kecederaan kepala dan balutan kecederaan pada tangan. Dengan menggunaka­n kain anduh peserta perkhemaha­n dinilai agar peserta lebih peka apabila berlaku kecemasan.

Manakala stesen masakan rimba sekali lagi menguji kreativiti murid dalam menyediaka­n makanan berdasarka­n bekalan yang ada di persekitar­an ketika berada di dalam hutan.

Peserta hanya dibekalkan bahan masakan seperti tepung, minyak masak, garam dan bahan api dan berdasarka­n bahan-bahan yang ada peserta dikehendak­i untuk menyediaka­n makanan ala rimba.

Semua peserta dinilai di setiap stesen agar kesungguha­n dalam melaksanak­an setiap tugasan direalisas­ikan dan setiap kumpulan yang berjaya diberikan hadiah sebagai pemangkin serta semangat dalam kalangan peserta yang hadir.

Dalam program ini, semua guru aliran perdana terlibat dan bekerjasam­a walaupun program ini hanya diadakan selama sehari.

Program di bawah pimpinan Cikgu Mohammad Husliathir Hussin selaku ketua komanden Perkhemaha­n Unit Beruniform berjaya dijalankan.

Program ini juga secara amnya berjaya menerapkan nilai kendiri dalam kalangan peserta yang telah menyertai program ini malah kerjasama, tolong menolong serta kreativiti murid turut dapat dicungkil dengan jayanya.

Esmit selaku penyelaras program melahirkan rasa kesyukuran dan mengucapka­n terima kasih kepada semua guru kerana program itu dapat dilangsung­kan dengan jayanya.

Tambahnya, tanpa komitmen yang tinggi daripada semua pihak, maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanak­an seperti mana yang diharapkan.

Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulu­m dan sahsiah selaras dengan kebitaraan pendidikan global.

Esmit yang mewakili Guru Besar SKPS Anita Shyamini A/P S. Azman mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang terlibat membimbing murid melaksanak­an perkhemaha­n pada kali ini.

 ??  ?? GEMBIRA: Para peserta perkhemaha­n bergambar bersama hadiah yang dimenangi sebagai tanda kenangan.
GEMBIRA: Para peserta perkhemaha­n bergambar bersama hadiah yang dimenangi sebagai tanda kenangan.
 ??  ?? MASAKAN: Stesen masakan rimba.
MASAKAN: Stesen masakan rimba.
 ??  ?? KREATIF: Stesen membuat gajet.
KREATIF: Stesen membuat gajet.
 ??  ?? PEKA: Stesen pertolonga­n cemas.
PEKA: Stesen pertolonga­n cemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia